Peraturan Sukan Dart

 

   1.   Format Pertandingan

         1.1     Foursome - 4 orang pemain               -            1001 X 1

         1.2     Perseorangan Lelaki Pertama            -              501 X 3

         1.3     Bergu Lelaki Pertama                        -              501 X 3

         1.4     Perseorangan Lelaki Kedua               -              501 X 3

         1.5     Bergu Wanita                                    -              501 X 3

 

   2.   Pendaftaran Pemain

         2.1     Pemain mestilah seorang kakitangan Pejabat Kewangan/Perbendaharaan Negeri.

         2.2     Pekerja Kontrak/Sambilan/Sementara Pejabat Kewangan/Perbendaharaan Negeri yang dilantik sebelum 1 April 2007 atau disambung kontrak dibenarkan bermain.

         2.3     Semua pasukan diwajibkan mendaftar senarai nama pemain di dalam borang yang disediakan.

         2.4     Setiap Pasukan Negeri mestilah mendaftar sekurang-kurangnya 10 orang pemain dan tidak melebihi 15 orang.

         2.5     Seorang pemain hanya layak bermain dalam satu acara sahaja (1.2 hingga 1.5) kecuali acara Foursome di mana 4 orang pemain tersebut dibenarkan membuat pilihan pada acara 1.2 hingga 1.5.

         2.6     Seorang pemain bagi acara Foursome mestilah terdiri daripada Pegawai Gred 22 ke atas.

 

   3.   Pengundian Pasukan

         Semasa Kejohanan di Selangor tahun 2005, 4 negeri telah bertanding hingga ke peringkat separuh akhir dan akhir iaitu Negeri Sembilan, Sarawak, Terengganu dan Selangor. Sebagai Tuan Rumah, Negeri Sabah akan menerajui Kumpulan D, manakala Negeri Sembilan dalam Kumpulan A, Selangor dalam Kumpulan B dan Sarawak dalam Kumpulan C. Negeri-negeri lain akan diundi bagi menentukan kumpulan masing-masing.

 

   4.   Pusingan Suku Akhir

         4.1     Johan Kumpulan A melawan Naib Johan Kumpulan C.

         4.2     Johan Kumpulan C melawan Naib Johan Kumpulan A.

         4.3     Johan Kumpulan B melawan Naib Johan Kumpulan D.

         4.4     Johan Kumpulan D melawan Naib Johan Kumpulan B.

 

 

 

 

   5.   Pusingan Separuh Akhir

         5.1     Pemenang 4.1 melawan Pemenang 4.3.

         5.2     Pemenang 4.2 melawan Pemenang 4.4.

 

   6.   Tempat Ke-3 dan Ke-4

         Kalah Perlawanan 5.1 melawan Kalah Perlawanan 5.2.

 

   7.   Pusingan Akhir

         Pemenang 5.1 melawan Pemenang 5.2.

 

   8.   Hadiah

         Hadiah akan disediakan bagi Johan, Naib Johan dan Tempat Ke-3 sahaja (untuk pemain dan pemain simpanan).

 

   9.   gelanggang permainan

         Gelanggang permainan akan ditetapkan oleh pihak Urus Setia Pertandingan dan pasukan yang bertanding hendaklah berada di gelanggang yang ditetapkan.

 

 

Syarat-syarat Pertandingan dart Berpasukan

 

   1.   Setiap pasukan mestilah berada di tempat pertandingan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan. Sekiranya lewat, pasukan itu dikira kalah.

   2.   Pengurus Pasukan mestilah menyerahkan borang pemain kepada Pengadil 30 minit sebelum perlawanan bermula. Pindaan nama pemain tidak dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Urus Setia Pertandingan dan pasukan lawan.

   3.   Bantahan boleh dibuat dalam tempoh 1 jam selepas perlawanan ditamatkan dengan menyertakan wang pertaruhan sebanyak RM200.00. Jika keputusan memihak kepada pihak yang membantah, maka wang pertaruhan tersebut akan dikembalikan dengan 10% daripada wang pertaruhan akan ditolak sebagai Wang Pengendalian Kes. Jika sebaliknya, wang pertaruhan akan menjadi milik Jawatankuasa Pertandingan.

   4.   Pertandingan akan dimulakan secara undian yang akan dilakukan oleh Pengadil (Chalker) secara lambungan duit syiling (Toss of a coin).

   5.   Seseorang pemain boleh berbincang atau mendapat buah fikiran mana-mana pemain dalam pasukannya semasa dalam permainan (in between throws) kecuali Chalker. Walau bagaimanapun, pemain dibenarkan bertanya kepada Chalker bagi mata yang diperoleh dan baki yang tinggal sahaja.

   6.   Seseorang pemain tidak dibenarkan membuat sesuatu yang boleh dianggap sebagai tindakan yang disengajakan untuk melambatkan permainan.

   7.   Semua perlawanan hendaklah dipertandingkan walaupun satu-satu pasukan telah menang 3 daripada 5 acara dalam peringkat kumpulan. ‘Walk Over’ tidak dibenarkan kecuali kerana kecederaan. Pengadil perlawanan akan menentukan kecederaan pemain tersebut. Walau bagaimanapun bagi peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir akan dijalankan secara kalah mati. Pasukan yang mendahului 3 acara akan diisytiharkan sebagai pemenang.

   8.   Menarik diri (walk over) tidak dibenarkan. Jika berlaku, pasukan yang berkenaan akan dianggap sebagai menarik diri daripada pertandingan seterusnya. Keputusan-keputusan pertandingan yang terdahulu terbatal dengan sendirinya.

   9.   Pengurus Pasukan adalah bertanggungjawab untuk mengawal ahli-ahli pasukan agar mamatuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pertandingan.

10.   Kiraan Mata

         10.1    Hanya dart yang melekat pada dart board sahaja yang dikira matanya setelah ketiga-tiga dart dibaling.

         10.2    Seseorang pemain tidak dibenarkan mencabut dart dari dart board sehinggaChalkerselesai membuat kiraan.

         10.3    Peraturan ‘bust’ adalah dikenakan sekiranya seseorang pemain memperoleh skor yang melebihi point dan pada score board mata yang diperoleh tidak dikira mata.

         10.4    Seseorang pemain yang berjaya menamatkan permainan dengan double atau balingan yang pertama, kedua atau ketiga akan ditetapkan sebagai menamatkan permainan.

         10.5    Mana-mana salah kira yang dibuat oleh Chalker mengenai baki mata, seseorang pemain hendaklah memberitahu Chalker akan kesalahan tersebut dan memperbetulkan sebelum pemain meneruskan balingan. Sekiranya tiada sebarang bantahan dari mana-mana pihak, maka kesilapan itu akan ditetapkan sah dan sebarang pembetulan atas score tersebut tidak akan dilayan.

         10.6    Setiap acara yang dimenangi dikira satu mata - GamE System.

11. Perkara Larangan

         11.1    Pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang permainan kecuali dengan kebenaran Pengadil.

         11.2    Memakai selipar dan seluar pendek tidak dibenarkan semasa bermain. Semua Ketua Pasukan adalah diminta memastikan semua pemain berpakaian kemas.

         11.3    Semua pemain tidak dibenarkan menghisap rokok, meminum/membawa minuman keras atau di bawah pengaruh alkohol semasa pertandingan.

         11.4    Pemain yang membawa telefon bimbit (handset), pastikan nada dering telah ditukar kepada ‘vibrate mode’ semasa berada di dalam dewan pertandingan.

 

12.   Pihak Urus Setia Pertandingan tidak bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan anggota atau kehilangan peralatan pemain di sepanjang tempoh Kejohanan ini.

13.   Jawatankuasa Pengelola dengan kerjasama daripada Panel Pengadil yang telah 

        dilantik berkuasa membuat sebarang keputusan yang difikirkan wajar untuk 

        menjayakan pertandingan ini dan bagi perkara-perkara yang tidak tercatat di dalam

        peraturan ini. Keputusan itu adalah muktamad.

 

KEMBALI