Peraturan Sukan Karom

 

   1.   FORMAT PERTANDINGAN

         1.1    Pertandingan akan diadakan mulai pada 11 – 13 Jun 2007.

         1.2    Pertandingan akan diadakan di Dewan Bilik Kuliah II, Asrama Kota Kinabalu, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

         1.3    Pertandingan akan dijalankan secara liga dalam kumpulan pusingan pertama dan kalah mati dalam peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir.

         1.4    Sebanyak 4 kumpulan akan diagihkan iaitu terdiri daripada Kumpulan A, B, C dan D.

         1.5    Undian akan menentukan kumpulan bagi acara berpasukan akan dibuat di mana pasukan pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga di kejohanan lalu dan pasukan tuan rumah akan diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk menerajui Kumpulan D.

         1.6    Pasukan yang menang semasa pertandingan kumpulan akan diberi 3 mata. Pasukan yang mengumpul mata yang banyak akan dikira Johan/Naib Johan kumpulan. Jika mata yang dikumpul sama, perkiraan akan dibuat berdasarkan kiraan set-set yang dimenangi dan kalah. Jika keputusan masih lagi belum dicapai, Jawatankuasa akan menentukan cara terbaik untuk mencari pemenang.

 

   2.   PUSINGAN SUKU AKHIR

         2.1    Johan Kumpulan A melawan Naib Johan Kumpulan C.

         2.2    Johan Kumpulan C melawan Naib Johan Kumpulan A.

         2.3    Johan Kumpulan B melawan Naib Johan Kumpulan D.

         2.4    Johan Kumpulan D melawan Naib Johan Kumpulan B.

 

   3.   PUSINGAN SEPARUH AKHIR

         3.1    Pemenang 2.1 melawan 2.3.

         3.2    Pemenang 2.2 melawan 2.4.

 

   4.   PUSINGAN AKHIR

         4.1    Kalah Perlawanan 2.1 melawan Kalah Perlawanan 2.2.

         4.2    Pemenang 2.1 melawan Pemenang 2.2.

 

   5.   HADIAH

         Hadiah akan disediakan bagi Johan, Naib Johan dan Ketiga sahaja (untuk pemain dan pemain simpanan).

 

   6.   GELANGGANG

         Gelanggang permainan akan ditentukan oleh pihak Urus Setia Pertandingan dan pasukan bertanding hendaklah berada di gelanggang yang ditentukan.

 

   7.   FORMAT PERLAWANAN

         Perlawanan akan dijalankan secara serentak (5 bergu).

 

 

   SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAROM BERPASUKAN

   1.   Semua pasukan diwajibkan mendaftar senarai nama pemain di dalam borang yang disediakan.

 

  2.    Setiap Pasukan Negeri hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya 10 orang pemain TETAPI tidak lebih dari 15 orang yang terdiri daripada:-

         2.1    Satu (1) Bergu Pegawai

         2.2    Dua (2) Bergu Lelaki

         2.3    Dua (2) Bergu Wanita

   3.   Seorang pemain hanya layak bermain sekali sahaja dalam setiap perlawanan.

   4.   Setiap Pasukan Negeri hendaklah menghantar satu (1) Bergu Pegawai yang terdiri daripada Pegawai Gred 41 ke atas sama ada Lelaki/Wanita. Manakala pasangannya hendaklah Pegawai Gred 22 ke atas terdiri daripada pemain Lelaki/Wanita.

   5.   Pemain mestilah seorang kakitangan Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri.

   6.   Pekerja Kontrak/Sambilan/Sementara yang dilantik sebelum 1 April 2007 atau disambung kontrak dibenarkan bermain.

   7.   Semua pemain hendaklah hadir ke gelanggang permainan 30 minit awal sebelum perlawanan bermula dengan berpakaian kemas serta alat permainan.

   8.   Pengurus Pasukan mestilah menyerahkan borang pemain kepada Pengadil 10 minit sebelum perlawanan bermula. Selepas itu, pindaan nama pemain tidak boleh dilakukan kecuali mendapat persetujuan daripada pasukan lawan.

   9.   Apabila nama pemain dipanggil oleh Pengadil supaya memasuki gelanggang untuk memulakan perlawanan, pemain hendaklah mematuhinya. Jika gagal menghadirkan diri dalam masa 5 minit yang diberi, kemenangan akan diberi kepada pihak lawan.

10.   Undian bagi memulakan perlawanan akan ditentukan secara lambungan duit.

11.   Keputusan Pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan diterima.

12.   Bantahan selain dari para 10, boleh dibuat dalam tempoh 1 jam selepas perlawanan ditamatkan dengan menyertakan wang pertaruhan sebanyak RM200.00. Jika keputusan memihak kepada pihak yang membantah, maka wang pertaruhan tersebut akan dikembalikan dengan 10% daripada wang pertaruhan akan ditolak sebagai Wang Pengendalian Kes. Jika sebaliknya, wang pertaruhan akan menjadi milik Jawatankuasa Pertandingan.

13.   Jawatankuasa Rayuan akan dipengerusikan oleh Pengerusi Pengelola, Ketua Pengadil dan tiga orang ahli daripada pasukan lain yang akan dilantik.

14.   Permainan dimainkan satu set penuh (best of 3) termasuk ‘rubber game’. 

15.   Pemain yang sedang bermain hendaklah mendapat kebenaran dari Pengadil apabila hendak meninggalkan gelanggang permainan. (Jika perlu sahaja dan atas budi bicara Pengadil).

16.   Semua perlawanan hendaklah dipertandingkan walaupun satu-satu pasukan telah menang 3 daripada 5 perlawanan dalam peringkat kumpulan. ‘Walk Over’ tidak dapat diterima kecuali kerana kecederaan atau tidak mempunyai kategori pemain yang dipertandingkan. Pengadil perlawanan akan menentukan kecederaan pemain tersebut. Walau bagaimanapun bagi peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir akan dijalankan secara kalah mati. Pasukan yang mendahului tiga perlawanan akan diisytiharkan pemenang.

17.   Menarik diri (walk over) tidak dibenarkan. Jika berlaku, pasukan yang berkenaan akan dianggap sebagai menarik diri daripada pertandingan seterusnya. Keputusan-keputusan pertandingan yang terdahulu tidak akan diambil kira.

18. Mana-mana pemain yang mengalami kecederaan semasa sedang bermain akan diberi masa 5 minit untuk dipulihkan atau mendapat rawatan.

19.   Pengurus Pasukan adalah bertanggungjawab untuk mengawal ahli-ahli pasukan dengan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pertandingan.

20.   Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang MAKSAK Negeri Sabah di mana Pengadil akan mengeluarkan Buah Merah selepas lantikan yang pertama.

21.   Urus Setia Pertandingan tidak akan menyediakan ‘striker’ untuk pemain dalam pertandingan ini.

22.   Jawatankuasa Pengelola dengan kerjasama daripada Pengerusi Jawatankuasa Kecil Karom berkuasa membuat sebarang keputusan yang difikirkan wajar untuk menjayakan pertandingan ini dan bagi perkara-perkara yang tidak tercatat di dalam peraturan ini. Keputusan itu adalah muktamad.

23.   Pihak Urus Setia Pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang  

        kecederaan anggota atau kehilangan barang-barang peserta-peserta di sepanjang

        tempoh Kejohanan Sukan ini.

 

KEMBALI