Peraturan Sukan Ping Pong

 

   1.   FORMAT PERTANDINGAN

         1.1    Pertandingan akan diadakan mulai pada 12 - 15 Jun 2007.

         1.2    Pertandingan akan diadakan di Dewan Badminton, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

         1.3    Pertandingan akan dijalankan secara liga dalam kumpulan pusingan pertama dan kalah mati dalam peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir.

         1.4    Sebanyak 4 kumpulan akan diagihkan iaitu terdiri daripada Kumpulan A, B, C dan D.

 

   2.   PENGUNDIAN

         2.1    Undian akan menentukan kumpulan bagi acara berpasukan akan dibuat di mana pasukan pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga di kejohanan lalu dan pasukan tuan rumah akan diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk menerajui kumpulan. Pasukan Negeri Sabah akan menerajui Kumpulan ‘D’.

         2.2    Bergu menunggu (Bye) bagi acara Bergu Terbuka Lelaki.

                 2.2.1   Kotak No. 1   -  Johan Tahun 2005

                 2.2.2   Kotak No. 13 -  Naib Johan Tahun 2005

                 2.2.3   Kotak No. 7   -  Tempat Ketiga Tahun 2005

 

   3.   MATA KEMENANGAN

         Pasukan yang menang semasa pertandingan kumpulan akan diberi 3 mata. Pasukan yang mengumpul mata yang banyak akan dikira Johan/Naib Johan kumpulan. Jika mata yang dikumpul sama, perkiraan akan dibuat berdasarkan kiraan set-set yang dimenangi dan kalah. Jika keputusan masih lagi belum dicapai, Jawatankuasa akan menentukan cara terbaik untuk mencari pemenang.

 

   4.   PUSINGAN SUKU AKHIR

         4.1    Johan Kumpulan A melawan Naib Johan Kumpulan C.

         4.2    Johan Kumpulan C melawan Naib Johan Kumpulan A.

         4.3    Johan Kumpulan B melawan Naib Johan Kumpulan D.

         4.4    Johan Kumpulan D melawan Naib Johan Kumpulan B.

 

   5.   PUSINGAN SEPARUH AKHIR

         5.1    Pemenang 4.1 melawan 4.3.

         5.2    Pemenang 4.2 melawan 4.4.

 

 

   6.   PUSINGAN AKHIR

         6.1    Kalah Perlawanan 5.1 melawan Kalah Perlawanan 5.2.

         6.2    Pemenang 5.1 melawan Pemenang 5.2.

 

   7.   HADIAH

         Hadiah akan disediakan bagi Johan, Naib Johan dan Ketiga sahaja (untuk pemain dan pemain simpanan).

 

   8.   GELANGGANG

         Gelanggang permainan akan ditentukan oleh pihak Urus Setia Pertandingan dan pasukan bertanding hendaklah berada di gelanggang yang ditentukan.

 

9. FORMAT PERLAWANAN

         Format tiap-tiap perlawanan akan dimulakan dengan acara-acara seperti berikut:-

         9.1    Pertama     -  Bergu Pegawai

         9.2    Kedua       -  Bergu Wanita

         9.3    Ketiga       -  Bergu Terbuka Lelaki

         9.4    Keempat   -  Bergu Campuran

         9.5    Kelima      -  Bergu Veteran Lelaki

 

 

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN PING PONG BERPASUKAN

   1.   Semua pasukan diwajibkan mendaftar senarai nama pemain di dalam borang yang disediakan.

   2.   Setiap Pasukan Negeri hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya 10 orang pemain TETAPI tidak lebih dari 15 orang yang terdiri daripada:-

         2.1    Satu Bergu Pegawai

                 Terdiri dari Pegawai Gred 41 ke atas (kedua-duanya) atau pasangannya dibolehkan dari Gred 22 ke atas.

         2.2    Satu Bergu Veteran  - Lelaki

                 Umur 40 tahun ke atas pada atau sebelum hari pertandingan.

         2.3    Satu Bergu Terbuka - Lelaki

         2.4    Satu Bergu Wanita

         2.5    Satu Bergu Campuran - Lelaki/Wanita

   3.   Seorang pemain hanya layak bermain sekali sahaja dalam setiap perlawanan.

   4.   Pemain mestilah seorang kakitangan Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri.

   5.   Pekerja Kontrak/Sambilan/Sementara Pejabat Kewangan/Perbendaharaan Negeri yang dilantik sebelum 1 April 2007 atau disambung kontrak dibenarkan bermain.

   6.   Semua pemain hendaklah hadir ke gelanggang yang telah ditetapkan 30 minit sebelum perlawanan bermula dengan berpakaian kemas serta alat permainan.

   7.   Pengurus Pasukan mestilah menyerahkan borang pemain kepada Pengadil 10 minit sebelum perlawanan bermula. Selepas itu, pindaan nama pemain tidak boleh dilakukan kecuali mendapat persetujuan daripada pasukan lawan.

   8.   Apabila nama pemain dipanggil oleh Pengadil supaya memasuki gelanggang untuk memulakan perlawanan, pemain hendaklah mematuhinya. Jika gagal menghadirkan diri dalam masa 5 minit yang diberi, kemenangan akan diberi kepada pihak lawan.

   9.   Pengadil dan Penjaga Garisan akan disediakan oleh Urus Setia Pertandingan.

10.   Keputusan Pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan diterima.

11.   Bantahan selain dari para 10, boleh dibuat dalam tempoh 1 jam selepas perlawanan ditamatkan dengan menyertakan wang pertaruhan sebanyak RM200.00. Jika keputusan memihak kepada pihak yang membantah, maka wang pertaruhan tersebut akan dikembalikan dengan 10% daripada wang pertaruhan akan ditolak sebagai Wang Pengendalian Kes. Jika sebaliknya, wang pertaruhan akan menjadi milik Jawatankuasa Pertandingan.

12.   Jawatankuasa Rayuan akan dipengerusikan oleh Pengerusi Pengelola, Ketua Pengadil dan tiga orang ahli daripada pasukan lain yang akan dilantik.

13.   Permainan dimainkan satu set penuh (best of five) termasuk ‘rubber game’.  Masa lima minit  diberi untuk rehat semasa ‘rubber game’.

14.    Mata Penamat bagi setiap set adalah 11 mata (Regu Pegawai, Terbuka, Wanita, Campuran dan Veteran)

14.    Mata Penamat bagi setiap set adalah 11 mata (Regu Pegawai, Terbuka, Wanita, Campuran dan Veteran) dan mata dius dikira pada kiraan 10 - 10. Kemenangan kepada bergu yang mendahului 2 mata dalam kiraan dius.

15.   Pemain yang sedang bermain hendaklah mendapat kebenaran dari Pengadil apabila hendak meninggalkan gelanggang permainan seperti minum dan mengesat peluh.

16.   Semua perlawanan hendaklah dipertandingkan walaupun satu-satu pasukan telah menang 3 daripada 5 perlawanan. ‘Walk Over’ tidak dapat diterima kecuali kerana kecederaan atau tidak mempunyai kategori pemain yang dipertandingkan. Pengadil perlawanan akan menentukan kecederaan pemain tersebut.  Walau bagaimanapun bagi peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir akan dijalankan secara kalah mati. Pasukan yang mendahului tiga perlawanan akan diisytiharkan pemenang.

17.   Menarik diri (walk over) tidak dibenarkan. Jika berlaku, pasukan yang berkenaan akan dianggap sebagai menarik diri daripada pertandingan seterusnya. Keputusan pertandingan yang terdahulu tidak akan       diambil kira.

18.   Mana-mana pemain yang mengalami kecederaan semasa sedang bermain akan diberi masa 5 minit untuk dipulihkan atau mendapat rawatan.

19.   Pengurus Pasukan adalah bertanggungjawab untuk mengawal ahli-ahli pasukan dengan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pertandingan.

20.   Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) yang berkuat kuasa dan diterima pakai oleh Pasukan Ping Pong Malaysia serta peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Kecil Pengelola Pertandingan.

21.   Jawatankuasa Pengelola dengan kerjasama daripada Pengerusi Jawatankuasa Kecil Ping Pong berkuasa membuat sebarang keputusan yang difikirkan wajar untuk menjayakan pertandingan ini dan bagi perkara-perkara yang tidak tercatat di dalam peraturan ini. Semua keputusan adalah muktamad.

22.   Bola Ping Pong jenis Nittaku berwarna kuning (tiga bintang) 40 mm akan digunakan sepanjang kejohanan.  Dengan itu peserta tidak dibenarkan memakai pakaian berwarna kuning.

23.   Pihak Urus Setia Pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan anggota atau kehilangan barang-barang peserta-peserta di sepanjang tempoh Kejohanan Sukan ini.

 

 

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN PING PONG BERGU TERBUKA

   1.   Setiap negeri dibenarkan hanya mengemukakan satu bergu lelaki sahaja.

   2.   Pemain mestilah seorang kakitangan Pejabat Kewangan/Perbendaharaan Negeri yang berjawatan tetap.

   3.   Pekerja Kontrak/Sambilan/Sementara Pejabat Kewangan/Perbendaharaan Negeri yang dilantik sebelum 1 April 2007 atau disambung kontrak dibenarkan bermain.

   4.   Senarai pemain hendaklah dihantar pada 11 Jun 2007, jam 12.00 tengah hari kepada Urus Setia Pertandingan bagi tujuan pendaftaran.

   5.   Pertandingan akan dijalankan pada 12 Jun 2007, jam 2.30 petang.

   6.   Format pertandingan dijalankan secara kalah mati dari pusingan pertama hingga akhir.

   7.   Pengurus hendaklah memastikan pemain berada di gelanggang permainan 30 minit lebih awal sebelum pertandingan dimulakan.

   8.   Pengadil dan Penjaga Garisan akan disediakan oleh Urus Setia Pertandingan.

  9.  Apabila nama pemain dipanggil oleh Pengadil perlawanan, pemain hendaklah        

       memasuki gelanggang.  Jika gagal berada di dalam gelanggang, 5 minit masa        

       tambahan akan diberikan. Sekiranya pemain masih gagal menghadirkan diri di   

       gelanggang tanpa sebab-sebab yang munasabah, kemenangan akan diberikan kepada     

       pihak lawan.

10.   Pemain yang sedang bermain hendaklah mendapat kebenaran dari Pengadil apabila hendak meninggalkan gelanggang permainan seperti minum atau mengesat peluh.

11.   Permainan dimainkan satu set penuh (best of five) termasuk ‘rubber game’. Masa lima minit diberi untuk rehat semasa ‘rubber game’.

12.   Mata Penamat bagi setiap set adalah 11 mata dan mata dius dikira pada kiraan 10 - 10. Kemenangan bagi bergu yang mendahului 2 mata dalam kiraan dius.

13.   Mana-mana pemain yang mengalami kecederaan semasa sedang bermain akan diberi lima minit untuk dipulihkan atau mendapat rawatan.

14.   Keputusan Pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan diterima.

15.   Bantahan selain dari para 14, boleh dibuat dalam tempoh 1 jam selepas perlawanan ditamatkan dengan menyertakan wang pertaruhan sebanyak RM200.00. Jika keputusan memihak kepada pihak yang  membuat bantahan, maka wang pertaruhan tersebut akan dikembalikan dengan 10% dari wang tersebut dipotong sebagai wang mengendalikan kes. Jika sebaliknya, wang pertaruhan akan menjadi milik Jawatankuasa Pertandingan.

16.   Jawatankuasa Rayuan akan dipengerusikan oleh Pengerusi Pengelola, Ketua Pengadil dan tiga orang ahli daripada Pasukan Negeri yang akan dilantik.

17.   Pengurus Pasukan adalah bertanggungjawab untuk mengawal ahli-ahli pasukan dengan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pertandingan.

18.   Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) yang berkuat kuasa dan diterima pakai oleh Persatuan Ping Pong Malaysia serta peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Kecil Pengelola Pertandingan.

19.   Pihak Urus Setia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan anggota atau kehilangan barang-barang peserta-peserta di sepanjang tempoh Kejohanan Sukan ini.

20.   Jawatankuasa Pengelola dengan kerjasama daripada Pengerusi Jawatankuasa Kecil   

        Ping Pong berkuasa membuat sebarang keputusan yang difikirkan wajar untuk  

        menjayakan pertandingan ini dan bagi perkara-perkara yang tidak tercatat di dalam  

        peraturan ini. Keputusan adalah muktamad.

 

KEMBALI