Copyright 2019 - Hakcipta Terpelihara JPKN Beaufort 2018

Makmal ICT JPKN Beaufort ditubuhkan bagi tujuan latihan dan kursus. Ianya terletak bersebelahan dengan pejabat JPKN Beaufort dan diselenggara sepenuhnya oleh JPKN Beaufort. Makmal ini menempatkan 21 unit komputer yang dibekalkan oleh JPKN Kota Kinabalu dan mampu menampung 20 orang peserta kursus pada satu masa. 

Selain dari kursus dan latihan yang dianjurkan oleh INSAN, makmal ini juga digunakan untuk latihan dan kursus Agensi Kerajaan Negeri (In-house Training), Peperiksaan Menaip JPAN dan kemudahan capaian ke sistem aplikasi Kerajaan Negeri.

Antara kemudahan yang disediakan di dalam Makmal ICT JPKN Beaufort ialah:

1. Mempunyai 21 unit Komputer 

2. LCD Projektor dan Skrin kekal

2. Boleh menampung 20 orang peserta kursus dan 1 orang Fasilitator dalam satu masa.

3. Mempunyai kemudahan capaian internet.

4. Bilik yang selesa dan berpenghawa dingin

Tempahan Makmal ICT JPKN Beaufort boleh dibuat dengan menghubungi JPKN Beaufort di talian 087-222 296 atau emelkan surat rasmi tempahan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Namun begitu, tempahan Makmal ICT adalah bergantung kepada ketersediaan Makmal dan jadual INSAN. Sebagai makluman tambahan, tempahan hanya boleh dibuat untuk Agensi Kerajaan Negeri Sabah sahaja. 

PAUTAN

        Kementerian Kewangan Negeri Sabah                

HakCipta Terpelihara Jpknbft @ 2018 | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi
Penafian: Pihak JPKN Cawangan Beaufort tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan
penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini