Copyright 2019 - Hakcipta Terpelihara JPKN Beaufort 2018

Sekiranya terdapat jabatan atau Agensi Kerajaan Negeri yang hendak membuat permohonan perolehan komputer baru, permohonan tersebut hendaklah dikemukakan kepada ibu pejabat masing-masing. Selepas itu, permohonan tersebut akan dikemukakan kepada JPKN Beaufort oleh ibu pejabat jabatan berkenaan atau dari ibu pejabat JPKN agar JPKN Beaufort dapat menjalankan kajian kesauran.

JPKN Beaufort akan menjalankan kajian kesauran dalam masa tujuh hari bekerja dari tarikh permohonan diterima. Kemudian, JPKN Beaufort akan menghantar laporan tersebut ke jabatan yang berkenaan (samada Ibu Pejabat jabatan yang memohon atau kepada Ibu Pejabat JPKN) dalam masa tujuh hari bekerja.

Laporan yang dihantar akan diproses oleh jabatan yang berkenaan dan segala keputusan adalah dibawah bidang kuasa jabatan tersebut. Adalah diingatkan bahawa pihak JPKN Beaufort tidak mempunyai kuasa untuk membuat perolehan / membeli komputer baru.

 

Kajian Kesauran: Kajian Kesauran dilaksanakan untuk menentukan keperluan sebenar terhadap perolehan sistem komputer di jabatan pelanggan. Kajian kesauran ini juga dijalankan dengan terperinci untuk merekabentuk spesifikasi sistem komputer, struktur ruang penempatan komputer dan pemasangan sistem rangkaian untuk memenuhi keperluan tersebut.

 

PAUTAN

        Kementerian Kewangan Negeri Sabah                

HakCipta Terpelihara Jpknbft @ 2018 | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi
Penafian: Pihak JPKN Cawangan Beaufort tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan
penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini