Copyright 2019 - Hakcipta Terpelihara JPKN Beaufort 2018

Daerah Beaufort terletak 90 Kilometer dari Kota Kinabalu dengan perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam melalui jalan raya. Ia mendapat namanya bersempena dengan nama seorang Gabenor dalam Kerajaan British Utara iaitu L.P Beaufort.

Daerah Beaufort meliputi kawasan seluas 1,735 kmtermasuk Daerah Kecil Membakut. Ia dihubungkan dengan Kota Kinabalu melalui jalan raya dan jalan keretapi.

Jarak Daerah Beaufort dengan daerah-daerah lain ialah:

i. Jalanraya Kota Kinabalu/Beaufort : 90 km

ii. Jalanraya Papar/Beaufort: 54 km

iii. Jalanraya Kuala Penyu/Beaufort: 35 km

iv. Jalanraya Beaufort/Sipitang: 45 km

v. Jalanraya Beaufort/Tenom : 49 km

Antara jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri yang terdapat di Daerah Beaufort ialah:

- Pejabat Daerah Beaufort : 
- Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri 
- Majlis Daerah Beaufort 
- Bendahari Daerah 
- Jabatan Air 
- Jabatan Kerja Raya 
- Jabatan Keretapi Negeri Sabah 
- Juru Ukur Daerah 
- Pen. Pemungut Hasil Tanah 
- Jabatan Pengairan dan Saliran 
- Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak 
- Jabatan Pertanian 
- Jabatan Perikanan 
- Perpustakaan Negeri Sabah 
- Kementerian Belia dan Sukan Sabah 
- Jabatan Perhutanan 
- Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am 
- Taman Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya (TDDKU) 
- JHEAINS 
- Jabatan Hidupan Liar 
- Mahkamah Anak Negeri 
- Perpustakaan Desa Limbawang 
- Pejabat KO-Nelayan 
- Koperasi Pembangunan Desa 
- UPPM-Klias

HakCipta Terpelihara Jpknbft @ 2018 | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi
Penafian: Pihak JPKN Cawangan Beaufort tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan
penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini