Copyright 2019 - Hakcipta Terpelihara JPKN Beaufort 2018

Daerah Kecil Menumbok terletak di Barat Daya Negeri Sabah, iaitu di bahagian Pedalaman Daerah Kuala Penyu. Ia merupakan daerah kecil di bawah pentadbiran Daerah Kuala Penyu. Jarak Daerah ini dari Kota Kinabalu ialah 165km, 47km dari Kuala Penyu dan 65km dari Beaufort.

Daerah ini berhadapan dengan Pulau Labuan dan dikenali sebagai pintu masuk ke tanah besar Negeri Sabah. Pengangkutan utama di Daerah ini ialah melalui jalan raya (ke Kota Kinabalu, Beaufort, Kuala Penyu) dan jalan air (ke Labuan).

Antara Jabatan dan Agensi Kerajaan yang terdapat di daerah ini ialah:

- Pejabat Daerah Kecil

- Jabatan Pelabuhan dan Dermaga (Menumbok & Labuan)

- Jabatan Pertanian -  Stesen Kelapa Menumbok

- Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak

- Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am

- Jabatan Pertanian

- Mahkamah Anak Negeri

 

HakCipta Terpelihara Jpknbft @ 2018 | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi
Penafian: Pihak JPKN Cawangan Beaufort tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan
penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini