Copyright 2019 - Hakcipta Terpelihara JPKN Beaufort 2018

Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Cawangan Beaufort mula beroperasi pada 15 Januari 2010. Ia merupakan cawangan ke lima ditubuhkan selepas cawangan Sandakan, Tawau, Keningau dan Kota Marudu. Kini JPKN mempunyai enam cawangan di seluruh Negeri Sabah dengan Cawangan terbaru iaitu Cawangan Lahad Datu.

Pada awal penubuhannya, JPKN Cawangan Beaufort dianggotai oleh empat orang kakitangan iaitu seorang Ketua Cawangan (Pegawai Teknologi Maklumat, F41), Seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29), Seorang Juruteknik (F22) dan seorang Operator Mesin Prosesan Data (F11). Tidak lama kemudian Kakitangan cawangan ini ditambah dengan seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29). Setelah Perpindahan dan Pertukaran Pegawai, JPKN Cawangan Beaufort kini mempunyai empat orang kakitangan sahaja iaitu Seorang Pegawai Teknologi Maklumat (Ketua Cawangan), Seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Seorang Juruteknik dan seorang Pemandu.

Cawangan ini ditubuhkan sebagai mini JPKN yang memberikan perkhidmatan pengkomputeran dari segi penyelenggaraan, sistem rangkaian, perkhidmatan ICT dan Aplikasi Sistem Kerajaan Negeri kepada semua agensi Kerajaan Negeri di Daerah ini. Selain itu, cawangan ini juga menyediakan makmal komputer bagi tujuan latihan dan kursus.

JPKN Cawangan Beaufort boleh dikunjungi di Aras 1, Bangunan Urusetia Daerah Beaufort. Atau hubungi kami di talian 087-222 296 untuk maklulmat lanjut.

PAUTAN

        Kementerian Kewangan Negeri Sabah                

HakCipta Terpelihara Jpknbft @ 2018 | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi
Penafian: Pihak JPKN Cawangan Beaufort tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan
penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini