Copyright 2019 - Hakcipta Terpelihara JPKN Beaufort 2018

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, 

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Cawangan Beaufort.

Tujuan utama penyediaan laman web ini adalah untuk memberikan perkhidmatan dalam bentuk maklumat kepada semua pelanggan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri. JPKN Cawangan Beaufort merupakan mini-JPKN yang berfungsi untuk memberikan perkhidmatan ICT kepada semua agensi Kerajaan Negeri di Wilayah Pedalaman Bawah. Selama sembilan tahun (dari 2010 - 2019)  beroperasi, JPKN Cawangan Beaufort telah menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam memberikan perkhidmatan kepada semua pelanggan di Wilayah Pedalaman Bawah ini. Namun saya percaya, segala cabaran dan rintangan merupakan satu lonjakan semangat untuk kami terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan kami.

Diharapkan dengan terpaparnya laman web ini, pelanggan akan dapat pelbagai manfaat yang berguna. Pihak kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan dari anda semua demi kebaikan kita bersama.

Sekian dan Terima kasih.

Professional Teras Keunggulan

Abdul Razak Bin Ahmad @ Abd Rashid

(Ketua Cawangan JPKN Beaufort)

PAUTAN

        Kementerian Kewangan Negeri Sabah                

HakCipta Terpelihara Jpknbft @ 2018 | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi
Penafian: Pihak JPKN Cawangan Beaufort tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan
penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini