Pengenalan

 

Selamat datang ke laman web Bahagian Perhubungan Korporat,
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri.

Bahagian ini telah diwujudkan sejak 15 Mac 2010.

Tujuan pengwujudan bahagian ini adalah untuk membantu meningkatkan imej JPKN selaku peneraju perlaksanaan ICT dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.


Visi

Ke Arah Keunggulan Perkhidmatan Berkualiti.


Misi

Bertekad dalam usaha untuk meningkatkan keunggulan perkhidmatan jabatan melalui keprihatinan terhadap keperluan pelanggan, pengurusan imej yang mapan dan penumpuan kepada jaminan kualiti.


Motto

"Kualiti dan Keunggulan"

 

Objektif

 
  • Meningkatkan tahap keprihatinan jabatan terhadap keperluan pelanggan;
  • Meningkatkan imej jabatan ke arah keunggulan;
  • Menumpukan jaminan kualiti perkhidmatan melalui pengurusan standard yang mantap.
 

Fungsi Bahagian

 
  • Bertanggungjawab terhadap pengurusan komunikasi yang berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan serta peningkatan imej organisasi secara amnya.
  • Memainkan peranan dalam hal-hal pengurusan kualiti kearah jaminan kualiti produk dan perkhidmatan yang bermutu.