Pengenalan

Bahagian Perkhidmatan Multimedia kini dibawah kawal seliaan oleh Bahagian Penyelidikan Teknologi dalam Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri. BPM merupakan salah satu bahagian yang tidak kurang pentingnya dalam memainkan peranan dalam merealisasikan Misi dan Visi JPKN dan seterusnya Misi dan Visi kerajaan Negeri Sabah. Antara peranan penting yang dimainkan oleh BPM ialah memberi Perkhidmatan Multimedia dan Penyelenggaran Server serta Laman Web JPKN.

  • Memberi perkhidmatan multimedia kepada pelanggan.
  • Merancang, mengurus dan menyelaras pelaksanaan aktiviti pengurusan acara melibatkan lintas langsung setempat (local live broadcasting) bagi program rasmi anjuran AKNS.
  • Menyediakan perkhidmatan pembangunan aplikasi multimedia dan media kreatif.
  • Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan peminjaman peralatan multimedia.
  • Menyelaras aktiviti pembangunan dan penyelidikan teknologi multimedia.
  • Menyelenggara pengurusan dan pembangunan laman web jabatan.
  • Menyelaras dan mengendalikan pemantauan ke atas pengurusan laman web Agensi Kerajaan Negeri Sabah.
  • Menyelaras dan menyediakan penerbitan bahan multimedia.
  • Menyelaras latihan khusus berkaitan teknologi multimedia.
  • Menguruskan aktiviti mewujudkan dokumentasi dan arkib koleksi bahan multimedia program rasmi Agensi Kerajaan Negeri Sabah untuk tujuan rujukan.
  • Menyediakan pusat rujukan dan khidmat nasihat teknikal teknologi multimedia.
  • Menjadi Pusat utama perkhidmatan multimedia dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

  • Memberi perkhidmatan Multimedia yang berkualiti dan efisyen kepada Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

  • Memberikan maklum balas permohonan kepada pelanggan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  • Menyediakan sistem multimedia atau prototaip dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima input yang lengkap.
  • Menyediakan peralatan pinjaman dan rakaman dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas kelulusan.