Latar Belakang BPP


Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan (BPP) berperanan dalam menyediakan Perkhidmatan Pengurusan Sumber Manusia dan Perkhidmatan Pentadbiran di Jabatan perkhidmatan Komputer Negeri. Disamping itu, bahagian ini juga menjalankan tugas-tugas penurusan dan pentadbiran perakuanan jabatan. BPP merupakan antara komponen utama yang menyokong dan membantu dalam penyampaian perkhidamtan ICT negeri Sabah.


Visi & Misi


Visi

Menjadi bahagian yang cemerlang dalam memberi perkhidmatan pentadbiran dan pengurusan sumber manusia.

Misi

Memberi perkhidmatan yang terbaik dalam pengurusan pentadbiran dengan produktif dan teratur.


Piagam Pelanggan BPP


1. Kami memberi layanan yang saksama kepada semua pegawai / Kakitangan dalam urusan Pentadbiran.

2. Kami memastikan bahawa urusan pelantikan seperti berikut di proses:

a. Memangku : Tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh Memangku.
b. Kontrak : Enam (6) bulan sebelum tamat tempoh Kontrak.
c. Pengesahan Jawatan : Setelah genap tempoh percubaan atau mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat perlantikan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
d. Pengesahan Taraf Berpencen : Setelah disahkan dalam jawatan tetap dan mencapai tidak kurang daripada (3) tahun perkhidmatan bagi pegawai yang memilih Opsyen Pencen sahaja.

3. Proses Penilaian Prestasi dan Pergerakan Gaji akan diurus mengikut jangkamasa yang ditentukan.

4. Memastikan semua perjalanan fail serta surat-surat sampai tepat pada masanya dan selamat.

5. Memberi jaminan semua permintaan/permohonan seperti kelengkapan pejabat eg. alat-alat tulis yang diperluka dapat diurus dengan seberapa segera.

6. Memberi perkhidmatan yang cekap, tepat, mesra, dan senantiasa bersedia membantu.


Fungsi Bahagian BPP


Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan berfungsi sebagai pengendali dan pelaksana semua urusan pentadbiran kakitangan dan jabatan. Fungsi-fungsi bahagian ini merangkumi pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan perjawatan & personel termasuk pengurusan perakaunan JPKN.

Pelan Tindakan BPP Klik di sini