Fungsi Dan Objektif

Fungsi Dan Objektif

  1. Merangka dan menyediakan dasar-dasar baru berkenaan pelaksanaan dan penggunaan sistem IT yang diperlukan oleh Kerajaan Negeri Sabah (KNS).
  2. Membantu merancang projek-projek IT dan mengenalpasti keperluan sistem IT bagi setiap kementerian dan jabatan KNS.
  3. Menyelaras perancangan program/projek IT dan penyediaan belanjawan IT bagi kementerian dan jabatan KNS setiap tahun.
  4. Menentu dan menetapkan keutamaan serta menyenarai projek-projek IT yang perlu dilaksanakan oleh KNS.
  5. Menyelaras, menyedia dan memantau Pelan Strategik Jabatan.
  6. Memberi khidmat rundingan serta menjalankan kajian kesauran(feasibility studies) keperluan perolehan, pelaksanaan dan penggunaan IT dalam KNS.
  7. Merancang, mengkaji dan menentukan spesifikasi peralatan dan perisian ICT yang sesuai kepada penjawat awam KNS.
  8. Menyediakan khidmat konsultasi kepada kementerian dan jabatan KNS mengenai perancangan dan pembangunan ICT.
  9. Menilai kertas cadangan ICT yang dikemukakan oleh pihak ketiga bagi tujuan pembangunan ICT.
  10. Memantau pembangunan/pelaksanaan projek-projek ICT KNS.
  11. Merancang, memantau, mengawal dan menyelia Pengurusan Aset ICT Jabatan.
  12. Mengurus inventori perkakasan dan perisian ICT KNS untuk perolehan yang dilaksanakan oleh JPKN.
  13. Menyelaras dan melaksanakan pengurusan pelupusan peralatan ICT.
Hakcipta Terpelihara ©2019 Bahagian Perancangan, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri.

Search