Piagam Pelanggan

Bahagian ini menyediakan perancangan Sistem ICT, memberikan perkhidmatan perundingan Sistem ICT, melakukan kajian semula peningkatan sistem ICT dengan cekap, proaktif, inovatif, ceria dan mesra.

Piagam Pelanggan

Dengan ini, kakitangan Bahagian Perancangan berjanji :

Perancangan Pelaksanaan Sistem IT

  • Menyediakan perancangan pelaksanaan sistem ICT untuk tahun berikut pada setiap bulan Disember.
  • Menyediakan pengagihan peruntukan ICT yang telah ditetapkan untuk tahun berikut pada setiap bulan Disember.

Perkhidmatan Perundingan Sistem ICT

  • Mengambil tindakan untuk melaksanakan kajian kesauran atau memberi maklumbalas mengenai tindakan sewajarnya dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas menerima permohonan daripada pelanggan.
  • menghasilkan laporan kajian kesauran yang lengkap dan terperinci dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas selesai menjalankan kajian kesauran.
  • Menghasilkan spesifikasi sistem dan dokumen sebutharga yang lengkap, terperinci dan mudah difahami dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas mendapat laporan akhir Laporan Kajian Kesauran.
  • Menghasilkan spesifikasi sistem dan dokumen tender yang lengkap, terperinci dan mudah difahami dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas mendapat arahan daripada pengurusan atasan.
  • Menyiapkan penganalisaan sebutharga yang lengkap dan terperinci dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas tarikh tutup sebutharga.
  • Menyiapkan penganalisaan tender yang lengkap dan terperinci dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas menerima dokumen tender daripada pembekal bagi bilangan yang tidak melebihi daripada lima (5) penender atau dua puluh satu (21) hari bekerja bagi bilangan melebihi lima (5) penender.

Kajian Semula Dan Peningkatan Sistem ICT

  • Menyediakan maklumat, laporan serta kertas kerja mengenai kajian semula dan peningkatan sistem ICT apabila diminta dalam rangka masa yang ditetapkan atau dipersetujui bersama dengan pelanggan.

Penggubalan
Dasar ICT

  • Penggubalan dasar ICT disediakan mengikut tempoh berikut:
    1. Dasar mudah - Disiapkan tidak melebihi enam (6) bulan
    2. Dasar Kompleks - Disiapkan tidak melebihi satu (1) tahun
Hakcipta Terpelihara ©2019 Bahagian Perancangan, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri.

Search