Profail Bahagian Rangkaian & Sokongan


Latar Belakang

Bahagian Rangkaian & Sokongan merupakan salah satu bahagian di Jabatan Perkhidmatan
Komputer Negeri (JPKN).

Pada asalnya bahagian ini dinamakan sebagai Bahagian Kejuruteraan (BJT). Pada tahun 2017 nama Bahagian Kejuruteraan telah ditukarkan kepada Bahagian Rangkaian & Sokongan.

Misi Dan Visi

Misi

Menggandingkan teknologi dan sumber manusia untuk memberikan perkhidmatan teknikal yang profesional demi kepuasan pelanggan.

Visi

Menjadi satu bahagian yang kompeten dalam pemberian perkhidmatan teknikal kepada pelanggan.

Objektif

  1. Pusat perkhidmatan teknikal ICT.
  2. Mengkaji, merekabentuk, melaksana dan mengurus rangkaian komputer supaya berjalan dengan lancar,cekap dan selamat.
  3. Memastikan keselamatan sistem ICT sentiasa terkawal.
  4. Memberikan nasihat sewajarnya berkaitan dengan penggunaan sistem ICT kepada pelanggan.

Fungsi Utama Pengurusan Meja Bantuan

  1. Bertindak sebagai pusat perkhidmatan Meja Bantuan ICT untuk sektor Awam Negeri.
  2. Memberi khidmat nasihat terhadap penggunaan peralatan ICT.
  3. Memberi latihan terhadap peralatan dan perisian sistem ICT.
  4. Menyediakan garis panduan penyelenggaraan peralatan dan perisian sistem ICT.
  5. Menjalankan Pemeriksaan, pembaikan dan pelenggaraan peralatan dan perisian sistem ICT.
  6. Memastikan penggunaan peralatan dan perisian sistem ICT sektor awam negeri berada dalam keadaan optimal, terkawal dan terlindung.
  7. Memantau dan menyediakan laporan terhadap peralatan dan perisian sistem ICT.

Fungsi Utama Pengurusan Desktop

  1. Bertindak sebagai pusat perkhidmatan pengurusan desktop untuk Sektor Awam Negeri.
  2. Memberi khidmat nasihat terhadap pengurusan desktop.
  3. Menjalankan pendaftaran, pembatalan dan penyelenggaraan terhadap akaun pengguna.
  4. Melaksanakan group policy terhadap peralatan dan perisian ICT yang digunakan oleh pengguna domain.
  5. Melaksanakan polisi terhadap peralatan dan perisian ICT digunakan oleh pengguna workgroup.
  6. Melaksanakan backup terhadap akaun pengguna.
  7. Memastikan patches/update dimuat turun dan dipasang ke dalam peralatan ICT.
  8. Memantau dan menyediakan laporan terhadap pengguna desktop.

Fungsi Utama Pengurusan Konsultansi Rangkaian ICT

  1. Bertindak sebagai pusat perkhidmatan dan rujukan rangkaian ICT untuk Sektor Awam Negeri.
  2. Memberi khidmat nasihat terhadap penggunaan rangkaian ICT.
  3. Mengadakan kolaborasi strategik dengan pihak ketiga dalam pengurusan rangkaian ICT.
  4. Memberi latihan mengenai rangkaian ICT.
  5. Menjalankan kajian pengukuhan keperluan dan pemasangan rangkaian ICT.
  6. Merancang, mengkaji dan menentukan spesifikasi peralatan dan perisian rangkaian ICT.
  7. Menjalankan kajian, rekabentuk, pelaksanaan dan penyelenggaraan terhadap rangkaian ICT.
  8. Memastikan penggunaan rangkaian ICT berada dalam keadaan optimal, terkawal dan terlindung.
  9. Memantau dan menyediakan laporan terhadap rangkaian ICT.