Copyright 2019 - Custom text here

Objektif Kualiti JPKN Cawangan Kota Marudu

Di dalam memberikan perkhidmatan laporan kajian kesauran pembangunan sistem aplikasi, JPKN telah menetapkan objektif kualiti seperti berikut:-

1. Mengadakan perbincangan dalaman dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas menerima dokumen permohonan pembangunan sistem daripada jabatan.

2. Menyiapkan deraf awal laporan kajian kesauran pembangunan sistem dalam tempoh dua puluh lima (25) hari bekerja selepas mendapat dokumen dan maklumat yang lengkap daripada pelanggan.

3. Menyiapkan pengemaskinian laporan kajian kesauran pembangunan sistem dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja daripada tarikh perbincangan bersama Ahli Jawatankuasa Pembangunan Sistem.

4. Memaklumkan pelanggan mengenai status tindakan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas menerima surat permohonan pindaan mengenai pembangunan sistem.

Kajian Kesauran

Kajian Kesauran dilaksanakan untuk menentukan keperluan sebenar terhadap pembangunan sistem aplikasi baru di Jabatan, Kementerian dan agensi Kerajaan Negeri Sabah.

Prosedur ini akan digunapakai semasa menjalankan kajian kesauran ke atas perkara-perkara berikut:- 1. Pembangunan sistem-sistem aplikasi berdasarkan web sahaja. 2. Untuk pembangunan sistem aplikasi baru sahaja.

Carta Makro Kajian Kesauran Pembangunan Sistem Dan Rekod Kualiti Berkaitan

Hakcipta Terpelihara @ 2017

Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Cawangan Kota Marudu

 

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox, Google Chrome

 

Tarikh Kemaskini

11 Jun 2019

NOTIS PENAFIAN

Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Cawangan Kota Marudu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam web ini.

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan/nasihat boleh hubungi kami melalui:

No.Tel & Faks : 088 - 662 051