Copyright 2019 - Custom text here

Objektif Kualiti JPKN Cawangan Kota Marudu

Di dalam memberikan perkhidmatan konsultasi perolehan sistem komputer, JPKN telah menetapkan objektif kualiti seperti berikut:-

1. Mengambil tindakan untuk melaksanakan Kajian Kesauran atau menetapkan tarikh temujanji dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas menerima permohonan daripada pelanggan atau emel makluman dari BRN.

2. Menyediakan Laporan Kajian Kesauran dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah menjalankan Kajian Kesauran.

Laporan Kajian Kesauran yang telah lengkap akan diserahkan kepada ibu pejabat JPKN untuk tindakan lanjut.

Kajian Kesauran

Kajian Kesauran dilaksanakan untuk menentukan keperluan sebenar terhadap perolehan sistem komputer di jabatan pelanggan. Kajian kesauran ini juga dijalankan dengan terperinci untuk merekabentuk spesifikasi sistem komputer, struktur ruang penempatan sistem komputer dan pemasangan sistem rangkaian untuk memenuhi keperluan tersebut.

Prosedur kajian Kesauran digunapakai semasa menjalankan kajian kesauran ke atas perolehan sistem komputer berupa perkakasan, perisian am, aksesori dan perkakasan rangkaian.

Carta Makro Kajian Kesauran Perolehan Sistem Komputer Dan Rekod Kualiti Berkaitan

Hakcipta Terpelihara @ 2017

Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Cawangan Kota Marudu

 

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox, Google Chrome

 

Tarikh Kemaskini

10 September 2019 (Selasa)

NOTIS PENAFIAN

Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Cawangan Kota Marudu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam web ini.

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan/nasihat boleh hubungi kami melalui:

No.Tel & Faks : 088 - 662 051