Copyright 2019 - Custom text here

1. Perkhidmatan Konsultansi Perolehan Sistem Komputer

  • Mengambil tindakan untuk melaksanakan Kajian Kesauran atau memberi maklumbalas mengenai tindakan sewajarnya dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas menerima permohonan daripada pelanggan.
  • Menghasilkan Laporan Kajian Kesauran yang lengkap dan terperinci dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas selesai menjalankan Kajian Kesauran.
  • Menghasilkan spesifikasi sistem dan dokumen sebutharga yang lengkap, terperinci dan mudah difahami dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas mendapat laporan akhir Laporan Kajian Kesauran (LKK).

2. Pembangunan Sistem

  • Mengadakan perbincangan dalaman dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas menerima dokumen permohonan pembangunan sistem daripada jabatan.
  • Menyiapkan deraf awal laporan kajian kesauran pembangunan sistem dalam tempoh dua puluh lima (25) hari bekerja selepas mendapat dokumen dan maklumat yang lengkap daripada pelanggan.
  • Menyiapkan pengemaskinian laporan kajian kesauran pembangunan sistem dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja daripada tarikh perbincangan bersama Ahli Jawatankuasa Pembangunan Sistem.
  • Memaklumkan pelanggan mengenai status tindakan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas menerima surat permohonan pindaan mengenai pembangunan sistem.

3. Meja Bantuan ICT

  • Menyelesaikan masalah teknikal berkaitan ICT yang diterima dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dengan syarat perkakasan dan peralatan yang diperlukan adalah tersedia ada dan boleh digunakan.
  • Menyediakan laporan penyelesaian masalah teknikal berkaitan perkhidmatan rangkaian sisem komputer dan dikemukakan kepada pelanggan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas permohonan diterima dengan syarat semua maklumat yang lengkap yang diperlukan telah dibekalkan oleh pelanggan.

Hakcipta Terpelihara @ 2017

Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Cawangan Kota Marudu

 

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox, Google Chrome

 

Tarikh Kemaskini

18 November 2019 (Isnin)

NOTIS PENAFIAN

Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Cawangan Kota Marudu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam web ini.

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan/nasihat boleh hubungi kami melalui:

No.Tel & Faks : 088 - 662 051