Copyright 2019 - Custom text here

Visi

Menjadi Pusat Perkhidmatan ICT yang cemerlang iaitu sebagai Peneraju dan Perintis Teknologi Maklumat bagi wilayah PBU.

Misi

Merancang dan menyediakan perkhidmatan ICT yang berkualiti serta kondusif dalam menjana kecemerlangan dan kecekapan pentadbiran untuk merealisasikan Pembudayakan ICT dalam Perkhidmatan Awam.

Objektif

1. Membuat perancangan bagi keperluan komputerisasi khusus untuk setiap jabatan/agensi kerajaan negeri di wilayah PBU.

2. Menyediakan perkhidmatan konsultansi IT kepada setiap jabatan/agensi kerajaan negeri di wilayah PBU.

3. Melakukan kajian, merekabentuk, pembangunan dan penyelenggaraan, serta kajian semula terhadap sistem-sistem aplikasi sedia ada dan yang baru.

4. Mengendalikan penyelenggaraan terhadap sistem-sistem aplikasi yang terdapat dalam rangkaian sistem.

5. Mewujudkan sistem rangkaian setempat yang efisien bagi setiap jabatan/agensi kerajaan negeri di wilayah PBU.

6. Mentadbir dan memantau prestasi dan keselamatan rangkaian serta melakukan pembaikpulihan terhadap sebarang masalah rangkaian sistem kepada setiap jabatan/agensi kerajaan negeri di wilayah PBU.

7. Menyelesaikan masalah-masalah teknikal yang dihadapi berkenaan dengan penggunaan sistem komputer.

8. Menyediakan dan mengendalikan latihan yang berterusan dalam penggunaan pelbagai sistem aplikasi kepada kakitangan jabatan/agensi kerajaan negeri di wilayah PBU.

9. Meningkatkan dan menggalakkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti komputerisasi di jabatan/agensi kerajaan negeri di wilayah PBU.

10.Memastikan pelaksanaan aktiviti-aktiviti komputerisasi di setiap jabatan/agensi kerajaan negeri di wilayah PBU dilaksanakan dengan teratur dan sejajar dengan Pelan Induk IT Kerajaan Negeri.

11.Memainkan peranan sebagai penghubung dengan pihak-pihak tertentu seperti pembekal-pembekal komputer, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) dan pihak-pihak lain dalam hal-hal berkaitan.

12.Membantu Ketua Pegawai Maklumat (CIO) jabatan yang berkenaan dalam hal-hal IT yang bersesuaian dengan pelaksanaan Kerajaan Elektronik di jabatan/agensi kerajaan negeri di wilayah PBU.

13.Menjadi Ahli Jawatankuasa ICT di jabatan/agensi kerajaan negeri di wilayah PBU.

Hakcipta Terpelihara @ 2017

Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Cawangan Kota Marudu

 

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox, Google Chrome

 

Tarikh Kemaskini

11 Jun 2019

NOTIS PENAFIAN

Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Cawangan Kota Marudu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam web ini.

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan/nasihat boleh hubungi kami melalui:

No.Tel & Faks : 088 - 662 051