Anda sekarang di :
Profil Jabatan
Fungsi

Ibu Pejabat

Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Beg Berkunci 2057, Wisma Kewangan 
88999 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088 - 272 444
Faks : 088 - 215 116
E-mail : webmaster@sabah.gov.my

Ikuti kami di facebook twitter rss  
Fungsi
cetak kandungan

1. Memberi Perkhidmatan Pengkomputeran.

a) Memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan awam negeri melalui perancangan, pembangunan dan pelaksanaan projek & program ICT yang berimpak tinggi.
b) Merancang dan mengurus keperluan perolehan ICT Sektor Awam Negeri.
c) Membangun dan menyelenggaran sistem-sistem aplikasi ICT Sektor Awam Negeri.
d) Memberi khidmat konsultasi ICT kepada Sektor Awam Negeri dalam tujuh (7) bidang pengkhususan ICT iaitu Pelan Strategik ICT, Pengurusan Projek ICT, Pengurusan Maklumat, Pembangunan Sistem, Pengurusan Pangkalan Data, Pengurusan Rangkaian & Pengurusan Keselamatan ICT.
e) Membangunkan kepakaran ICT Sektor Awam Negeri ke arah kecemerlangan dan peningkatan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam negeri.
f) Melaksana aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengenai ICT untuk Sektor Awam Negeri.
g) Memberi perkhidmatan pusat data kepada Sektor Awam Negeri.
h) Memberi perkhidmatan rangkaian dan keselamatan ICT kepada Sektor Awam Negeri.
i) Memberi perkhidmatan multimedia kepada Sektor Awam Negeri.
j) Memberi perkhidmatan pengurusan desktop dan meja bantuan ICT.
k) Memberi perkhidmatan pemasukan dan pemprosesan data.
l) Memasang dan menyelenggara perkakasan dan perisian ICT.
m) Menyelaras pengurusan e-waste untuk pelupusan aset ICT Sektor Awam Negeri.
n) Pusat sumber maklumat ICT.

 

2. Mengurus Keselamatan ICT Sektor Awam Negeri

a) Merangka dan menggubal Dasar Keselamatan ICT Sektor Awam Negeri dari Segi polisi, prosedur, piawai dan amalan terbaik.
b) Menjalankan penyelidikan dan pembangunan terhadap teknologi Keselamatan ICT.
c) Meningkatkan kesedaran Keselamatan ICT bagi anggota penjawat awam.
d) Melaksanakan lawatan inspektorat pematuhan Dasar Keselamatan ICT ke atas agensi Sektor Awam Negeri.
e) Menjadi Urusetia Sabah Government Computer Emergency Response Team (SgCert).
f) Menjadi urusetia Jawatankuasa Kerja Keselamatan ICT Negeri.
g) Menjalankan kajian semula terhadap kurikulum Keselamatan ICT untuk tujuan kursus, induksi dan latihan Sektor Awam Negeri.
h) Membangun, melaksanakan dan memantau penggunaan ISMS ISO-27001 sepenuhnya.

 

3. Mentadbir Dan Mengurus Personel ICT Sektor Awam Negeri

a) Melaksana pengambilan tenaga kerja baru kakitangan teknikal.
b) Mengurus hal ehwal pentadbiran kakitangan teknikal.
c) Mengurus penempatan kakitangan teknikal.
d) Merancang keperluan tenaga kerja kakitangan teknikal Sektor Awam Negeri.
e) Merancang dan mengurus pembangunan kakitangan teknikal.

Fungsi Bahagian

Bagi melaksana fungsi-fungsi jabatan, bahagian-bahagian utama jabatan
diwujudkan untuk menyokong penyediaan perkhidmatan jabatan:

 

1. Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan (BPP)

 

  Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan berfungsi sebagai pengendali dan pelaksana semua urusan pentadbiran kakitangan dan jabatan. Fungsi-fungsi bahagian ini merangkumi pengurusan pentadbiran am pejabat, pengurusan sumber manusia dan perjawatan, pengurusan kewangan dan perakaunan, penyimpanan
dan penyelenggaraan rekod, penyelenggaraan peralatan dan juga pengurusan aset.

 

 

2. Bahagian Perancangan (BRN)

  Bahagian Perancangan berperanan menyedia dan memberikan perkhidmatan perancangan dan perundingan terhadap perolehan, pelaksanaan dan penggunaan sistem ICT untuk sektor awam negeri. Bahagian ini juga terlibat dalam pemantauan pembangunan dan pelaksanaan dasar-dasar ICT dan projek ICT Kerajaan Negeri. Bahagian ini juga terlibat dalam pengurusan aset ICT.

 

3. Bahagian Perhubungan Korporat (BPK)

  Bahagian ini bertanggungjawab terhadap pengurusan komunikasi yang berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan serta peningkatan imej organisasi secara amnya. Di samping itu, bahagian ini juga memainkan peranan dalam hal-hal pengurusan kualiti ke arah jaminan kualiti produk dan perkhidmatan
yang bermutu. Urusan promosi dan publisiti berkenaan fungsi jabatan dan inisiatif Kerajaan Elektronik juga di antara fungsi utama di bahagian ini.

 

4. Bahagian Pembangunan Sistem (BPS)

  Secara umumnya, Bahagian Pembangunan Sistem bertanggungjawab untuk membangun dan menyelenggara sistem-sistem aplikasi yang telah dirancang untuk kegunaan Kerajaan Negeri. Bahagian ini juga terlibat di dalam fungsi pempiawaian dan mengawal kualiti sistem-sistem aplikasi yang dibangunkan oleh JPKN. Selain itu, bahagian ini juga terlibat dalam memantau penggunaan sistem aplikasi dan menyediakan sokongan kepada sistem aplikasi.

 

5. Bahagian Kejuruteraan (BJT)

  Bahagian Kejuruteraan bertanggungjawab dalam mentadbir dan menyelanggara rangkaian sistem komputer dan sistem keselamatan komputer, menyelenggara perisian sistem komputer, mengurus operasi sistem aplikasi serta perkhidmatan pengurusan desktop dan meja bantuan ICT untuk pelanggan JPKN. Fungsi pemprosesan dan sokongan data juga adalah fungsi utama yang dilaksanakan oleh BJT.

 

6. Bahagian Teknologi Multimedia (BTM)

  Bahagian ini bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan multimedia kepada pelanggan JPKN. Ia juga merupakan pusat rujukan pembangunan serta teknologi multimedia dan laman web para pelanggan.

 

7. Bahagian Latihan dan Penyelidikan (BLP)

  Bahagian ini bertanggungjawab kepada hal-hal berkaitan pengurusan latihan kakitangan, penyelaras kepada modul latihan ICT sektor awam negeri, pengurusan pembangunan kompetensi dan penyelidikan berkaitan ICT. Di samping itu, bahagian ini juga dipertanggungjawab untuk mengawal selia pusat rujukan ilmiah ICT bagi Kerajaan Negeri.

 

8. Pusat Data Kerajaan Negeri (PDKN)

  Bahagian ini bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan pusat data kepada Kerajaan Negeri dengan melakukan pengurusan dan pengendalian operasi sistem aplikasi ICT serta mengurus penyimpanan dan sokongan data dan aplikasi.

 

9. Bahagian Keselamatan (BKS)

  Bahagian Keselamatan bertanggungjawab memberi perkhidmatan dalam semua hal berkaitan dengan keselamatan ICT untuk sektor awam negeri termasuklah pemantauan keselamatan ICT, penyediaan dan pemantauan pematuhan dasar keselamatan ICT, pengurusan risiko dan kontijensi serta pemantauan persekitaran
rangkaian.

 

 

1. Pejabat Cawangan

Cawangan JPKN bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan untuk para pelanggan JPKN mengikut lokasi wilayah masing-masing :

  • Memberi perkhidmatan pengkomputeran.
• Melaksanakan perancangan pengkomputeran.
• Mengkaji, mereka bentuk, menguji, membangun dan melaksanakan aplikasi sistem.
• Menyelenggara dan mengkaji semula aplikasi-aplikasi sistem yang telah dibangunkan.
• Membuat penyelidikan mengenai perkembangan ICT.
• Memberi khidmat nasihat dan latihan mengenai perkara-perkara berkaitan ICT dan penubuhan pusat komputer di jabatan pengguna.

 

2. Kumpulan Sokongan IT (KSIT)

KSIT JPKN bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan berikut kepada kementerian/jabatan yang diletakkan di bawah seliaannya :

  Memberi perkhidmatan pengkomputeran khusus kepada kementerian/ jabatan.
• Melaksanakan perancangan pengkomputeran kementerian/jabatan.
• Mengkaji, mereka bentuk, menguji, membangun dan melaksanakan aplikasi sistem kementerian/jabatan.
• Menyelenggara dan mengkaji semula aplikasi-aplikasi sistem yang telah dibangunkan di kementerian/jabatan.
• Memberi khidmat gunasama pegawai bidang teknikal komputer.
• Memberi khidmat nasihat dan latihan mengenai perkara-perkara berkaitan ICT dan penubuhan pusat komputer di kementerian/jabatan pengguna.
Jumlah Pelawat : 4031663 orang