Perutusan Pengarah

 

Perutusan Pengarah

Selamat datang ke laman web Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah (JPKN). Dengan terpaparnya laman web ini di kaca monitor komputer anda, menandakan satu lagi usaha JPKN untuk mendekati pelanggan dalam menyedia dan memberikan perkhidmatan IT yang cemerlang. Selaras dengan visi, misi serta objektif JPKN, jabatan ini adalah komited untuk terus berusaha merealisasikan budaya cemerlang dengan menyedia dan memberikan perkhidmatan IT yang dapat memenuhi keperluan serta menjamin kepuasan hati pelanggan.

Adalah menjadi hasrat JPKN bahawa laman web ini akan dapat memainkan peranannya dan berfungsi untuk:

  • menyedia dan memberikan maklumat bermanfaat yang diperlukan oleh pelanggan
  • menerima dan memberikan perkhidmatan berkaitan secara interaktif
  • mewujud dan menyediakan perhubungan yang rapat dengan pelanggan
  • menyediakan ruang penyaluran maklumat kepada jabatan ini yang boleh dilakukan oleh pelanggan pada bila-bila masa dan dari mana-mana tempat

Adalah diharapkan agar laman web ini dapat membantu usaha berterusan jabatan ini untuk mampu memberikan perkhidmatan IT yang cemerlang kepada pelanggan dengan lebih cekap dan berkesan.

Akhir kata, diucapkan terima kasih kepada anda kerana mengunjungi dan memanfaatkan perkhidmatan laman web ini. Sebarang cadangan atau komen yang dapat memperbaiki laman web ini bagi memenuhi keperluan anda dan pelanggan lain, jabatan ini mengalu-alukan agar ianya dapat dikemukakan melalui borang maklumbalas yang disediakan dalam laman web ini.

Sekian dan terima kasih.

Dr. Hj. Mingu Hj. Jumaan

  • Pencapaian