Fungsi

 

Fungsi JPKN

1. Memberikan Perkhidmatan Pengkomputeran.

  • Memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan awam negeri melalui perancangan, pembangunan dan pelaksanaan projek & program ICT yang berimpak tinggi.
  • Merancang dan mengurus keperluan perolehan ICT Sektor Awam Negeri.
  • Membangun dan menyelenggaran sistem-sistem aplikasi ICT Sektor Awam Negeri.
  • Memberi khidmat konsultasi ICT kepada Sektor Awam Negeri dalam tujuh (7) bidang pengkhususan ICT iaitu Pelan Strategik ICT, Pengurusan Projek ICT, Pengurusan Maklumat, Pembangunan Sistem, Pengurusan Pangkalan Data, Pengurusan Rangkaian & Pengurusan Keselamatan ICT.
  • Membangunkan kepakaran ICT Sektor Awam Negeri ke arah kecemerlangan dan peningkatan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam negeri.
  • Melaksana aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengenai ICT untuk Sektor Awam Negeri.
  • Memberi perkhidmatan pusat data kepada Sektor Awam Negeri.
  • Memberi perkhidmatan rangkaian dan keselamatan ICT kepada Sektor Awam Negeri.
  • Memberi perkhidmatan multimedia kepada Sektor Awam Negeri.
  • Memberi perkhidmatan pengurusan desktop dan meja bantuan ICT.
  • Memberi perkhidmatan pemasukan dan pemprosesan data.
  • Memasang dan menyelenggara perkakasan dan perisian ICT.
  • Menyelaras pengurusan e-waste untuk pelupusan aset ICT Sektor Awam Negeri.
  • Pusat sumber maklumat ICT.

2. Mengurus Keselamatan ICT Sektor Awam Negeri.

  • Merangka dan menggubal Dasar Keselamatan ICT Sektor Awam Negeri dari Segi polisi, prosedur, piawai dan amalan terbaik.
  • Menjalankan penyelidikan dan pembangunan terhadap teknologi Keselamatan ICT.
  • Meningkatkan kesedaran Keselamatan ICT bagi anggota penjawat awam.
  • Melaksanakan lawatan inspektorat pematuhan Dasar Keselamatan ICT ke atas agensi Sektor Awam Negeri.
  • Menjadi Urusetia Sabah Government Computer Emergency Response Team (SgCert).
  • Menjadi urusetia Jawatankuasa Kerja Keselamatan ICT Negeri.
  • Menjalankan kajian semula terhadap kurikulum Keselamatan ICT untuk tujuan kursus, induksi dan latihan Sektor Awam Negeri.
  • Membangun, melaksanakan dan memantau penggunaan ISMS ISO-27001 sepenuhnya.

3. Mentadbir Dan Mengurus Personal ICT Sektor Awam Negeri.

  • Melaksana pengambilan tenaga kerja baru kakitangan teknikal..
  • Mengurus hal ehwal pentadbiran kakitangan teknikal.
  • Mengurus penempatan kakitangan teknikal.
  • Merancang keperluan tenaga kerja kakitangan teknikal Sektor Awam Negeri.
  • Merancang dan mengurus pembangunan kakitangan teknikal.

4. Menyedia Perkhidmatan Pusat Data & Pusat Pemulihan Bencana Untuk Agensi Kerajaan Negeri

  • Menyedia, mengurus dan melaksanakan operasi perkhidmatan Pusat Datadan Pusat Pemulihan Bencana bagi agensi-agensi Kerajaan Negeri.
  • Menyedia ruang dan pengurusan perkhidmatan hosting bagi server, peralatan keselamatan, komunikasi dan peralatan sokongan lain serta integrasi rangkaian secara fizikal & virtual.
  • Menyediakan perkhidmatan backup dan restore bagi server yang ditempatkan di Pusat Data dan Pusat Pemulihan Bencana.
  • Mengurus dan memantau pelaksanaan pengoperasian semua peralatan sokongan serta infrastruktur di Pusat Data dan Pusat Pemulihan Bencana.

 

Galeri

Peta Lokasi

Alamat Perhubungan

    • Ibu Pejabat
    • Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri
    • Tngkt 6 & 7, Blok A
    • Pusat Pentadbiran Negeri Sabah
    • Jalan Teluk Likas, Tanjung Lipat
    • 88400 Kota Kinabalu, Sabah.