Latar Belakang JPKN

 

Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah (JPKN) adalah sebuah jabatan sektor awam Negeri Sabah. Ianya telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Sabah pada awal tahun 1976 di bawah kawalan Kementerian Kewangan dengan nama Unit Perkhidmatan Komputer (UPK), dan mula beroperasi pada 01 Januari 1977.

 

Dengan perkembangan dan penggunaan IT yang pesat dalam sektor awam negeri, perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan ini telah bertambah. Pada 7 Mei 1992, nama jabatan ini telah ditukarkan daripada Unit Perkhidmatan Komputer kepada Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri. Penubuhan jabatan ini adalah untuk memberikan perkhidmatan yang berkaitan dengan bidang pengkomputeran kepada semua kementerian, jabatan dan badan berkanun Kerajaan Negeri Sabah.

 

Ketika ini, ibu pejabat jabatan ini terletak di Bangunan Wisma Kewangan, Kota Kinabalu. Jabatan ini juga mempunyai enam pejabat cawangan iaitu JPKN Cawangan Sandakan, JPKN Cawangan Tawau, JPKN Cawangan Keningau, JPKN Cawangan Kota Marudu, JPKN Cawangan Beaufort dan JPKN Cawangan Lahad Datu.

Galeri

Peta Lokasi

Alamat Perhubungan

    • Ibu Pejabat
    • Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri
    • Tngkt 6 & 7, Blok A
    • Pusat Pentadbiran Negeri Sabah
    • Jalan Teluk Likas, Tanjung Lipat
    • 88400 Kota Kinabalu, Sabah.