Piagam Pelanggan

 

Piagam Pelanggan
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

 

Visi

JABATAN PERKHIDMATAN KOMPUTER NEGERI berjanji untuk memberi layanan perkhidmatan dengan hormat, tepat, mesra, adil, dan tanpa prasangka kepada pelanggan utama kami iaitu:-

  • Agensi Kerajaan Negeri Sabah
  • Pembekal, dan
  • Pegawai dan Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

serta mematuhi standard kualiti penyampaian perkhidmatan seperti berikut:-

Konsultansi Perolehan Sistem Komputer

  • Tindakan Kajian Kesauran atau maklumbalas tindakan – 7 haribekerja selepas menerima permohonan
  • Laporan Kajian Kesauran – 7 hari bekerja setelah menjalankan Kajian Kesauran
  • [Sebutharga] Spesifikasi Sistem dan Dokumen Sebutharga yang lengkap, terperinci dan mudah difahami – 7 hari bekerja selepas Laporan akhir Laporan Kajian Kesauran.
  • [Tender] Spesifikasi Sistem dan Dokumen Tender yang lengkap, terperinci dan mudah difahami – 14 hari bekerjaselepas mendapat arahan daripada pengurusan atasan.
  • [Sebutharga] Menyiapkan analisa sebutharga yang lengkap, terperinci – 7 hari bekerja selepas tarikh tutup sebutharga.
  • [Tender] Menyiapkan analisa tender yang lengkap, terperinci – 14 hari bekerja selepas menerima dokumen tender daripada pembekal bagi bilangan yang tidak melebihi 5 penender atau 21 hari bekerja bagi bilangan melebihi 5 penender.

Pembangunan Sistem Aplikasi

  • Perbincangan pembangunan - 14 hari bekerja selepas menerima permohonan pembangunan sistem.
  • Menyiapkan deraf laporan kajian kesauran pembangunan sistem - 25 hari bekerja selepas mendapat dokumen dan maklumat lengkap daripada pelanggan.
  • Menyiapkan pengemaskinian laporan kajian kesauran pembangunan sistem – 21 hari bekerja dari tarkh perbincangan bersama Ahli Jawatankuasa Pembangunan Sistem.
  • Memaklumkan pelanggan mengenai status tindakan – 14 hari bekerja selepas menerima permohonan pindaan mengenai pembangunan sistem.

Penempatan Pelayan

  • Melaksanakan penempatan pelayan atau memberi maklum balas mengenai tindakan sewajarnya – 7 hari bekerja selepas menerima permohonan daripada pelanggan.
  • Melaksana tindakan penempatan pelayan dengan sempurna – 14 hari bekerja selepas selesai menentukan keperluan.

Perkhidmatan Sokongan Data

  • Melaksanakan pengeluaran media sokongan atau memberi maklum balas mengenai tindakan sewajarnya – 1 hari bekerja selepas menerima permohonan daripada pelanggan.

Pemprosesan Data

  • Melaksanakan perkhidmatan pemprosesan data - 1 hari bekerja selepas menerima permohonan daripada pelanggan.

Meja Bantuan ICT

  • Menyelesaikan masalah teknikal berkaitan ICT yang diterima – 7 hari bekerja sekiranya perkasan dan peralatan yang diperlu tersedia ada dan boleh digunakan.
  • Menyediakan laporan penyelesaian masalah teknikal berkaitan perkhidmatan rangkaian sistem komputer – 30 hari bekerja selepas permohonan diterima.

Perkhidmatan Multimedia

  • Menyediakan cadangan sistem multimedia atau prototaip sistem multimedia yang menepati keperluan input yang dikenalpasti – tidak lebih dari 21 hari bekerja sebelum acara sebenar.
  • Melakukan prebiu sistem multimedia kepada pelanggan untuk mendapat maklum balas dan cadangan penambahbaikan – tidak lebih dari 14 hari bekerja sebelum acara sebenar.
  • Melakukan pembetulan ke atas sistem multimedia berdasarkan kepada cadangan penambahbaikan pelanggan dan prebiu akhir – tidak lebih dari 7 hari bekerja sebelum acara sebenar.

Penyelidikan ICT

  • Melaksanakan penyelidikan berkaitan ICT – 30 hari bekerja bergantung kepada skop penyelidikan.
  • Menyediakan laporan penyelidkan = 14 hari bekerja setelah selesai tempoh penyelidikan yang ditetapkan.

Pengurusan Makmal ICT

  • Menyediakan Makmal ICT -1 hari bekerja sebelum acara.

Kajian dab Penyelidikan Teknologi Keselamatan ICT

  • Kajian Berskop Kecil - Tidak melebihi 2 bulan
  • Kajian Berskop Sederhana -Tidak melebihi empat 4 bulan.
  • Kajian Berskop Besar - Tidak melebihi 6 bulan.

Respon Insiden dan Forensik

  • Mengeluarkan laporan analisa insiden dan log kepada Agensi/Jabatan Sektor Awam Negeri - 1 bulan selepas kerja forensik dibuat.

Khidmat Konsultansi Keselamatan ICT

  • Memberi khidmat nasihat yang berkesan – Dalam tempoh 3 hari bekerja selepas menerima permohonan.

Merancang dan Mengurus Pembangunan Kakitangan

  • Memproses dan menghantar permohonan mengikutu kursus(Latihan/Seminar) persidangan/bengkel - 5 hari bekerja setela menerima permohonan.

Pengurusan Hal-Ehwal Pentadbiran Kakitangan

  • Memberi layanan yang saksama kepada semua pegawai/kakitangan dalam urusan pentadbiran dan akaun.
  • Memastikan bahawa urusan perlantikan seperti berikut diproses:-
    • Memangku : 3 bulan sebelum tamat tempoh Memangku
    • Kontrak : 6 bulan sebelum tamat Kontrak
    • Pengesahan Jawatan : Setelah genap tempoh percubaan atau mengikut syarat-syarat   yang ditetapkan dalam surat pelantikan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
    • Pengesahan Taraf Berpencen : Setelah disahkan dalam jawatan Tetap dan mencapai tidak kurang daripada tiga (3) tahun perkhidmatan bagi pegawai yang telah memilih  Opsyen Pencen sahaja.
    • Pengurusan Persaraan Wajib kakitangan : 6 bulan sebelum bersara.
    • Pengurusan Persaraan Awal atas Pilihan Sendiri : 6 bulan sebelum bersara setelah menerima surat permohonan daripada kakitangan.
    • Pengurusan Persaraan bagi kakitangan yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan : Serta merta.
    • Pengurusan Gantian Cuti Rehat (GCR) bagi pegawai yang akan bersara :3 bulan sebelum bersara.
  • Proses Penilaian Prestasi dan Pergerakan Gaji akan diurus mengikut jangkamasa yang ditentukan.
  • Memastikan semua perjalanan fail serta surat-surat sampai tepat pada masanya dan selamat.
  • Memberi jaminan semua permintaan/permohonan seperti kelengkapan pejabat seperti alat-alat tulis yang diperlukan dapat diurus dengan seberapa segera.
  • Memproses gaji kakitangan dalam tempoh yang ditetapkan dan menghantar dengan serta-merta cek gaji yang diterima daripada Jabatan Bendahari Negeri ke bank.
  • Memproses Tunggakan, Elaun memangku dan Gaji Kakitangan baharu – hari bekerja jika semua dokumen yang diperlukan disertakan.
  • Memproses Ganjaran setelah menerima surat pelepasan cukai daripada Jabatan Hasil Dalam Negeri – 10 hari bekerja.
  • Memproses Pendahuluan Kenderaan, Mikrokomputer dan Pendahuluan Diri – 3 hari bekerja sekiranya semua dokumen yang diperlukan disertakan.
  • Memproses Bayaran Balik KWSP yang terlebih bayar kepada pegawai yang telah diberi taraf berpencen – 7 hari bekerja.
  • Membuat pemeriksaan dan pembetulan ke atas borang CP8C dan mengedarkan kepada semua kakitangan - satu bulan setelah menerima borang cetakan komputer (computer printout)

Pengurusan Akaun dan Kewangan

  • Memproses baucer-baucer bagi bil-bil/inbois, Elaun Perjalanan, Elaun Lebih Masa dan Hitungan Kilometer dan dihantar kepada Jabatan Bendahari Negeri – 9 hari bekerja.
  • Memproses kuiri dari Jabatan Bendahari Negeri – 3 hari bekerja jika semua dokumen lengkap.
  • Menyediakan Waran perjalanan udara dalam tempoh - 1 hari bekerja setelah mendapat kelulusan Pihak Pengurusan .

Urusan Perolehan dan Pembekal

  • Memaklumkan pihak pembekal akan keputusan penerimaan tawaran sebutharga yang dicadangkan oleh pembekal - 1 hari bekerja selepas diputuskan oleh Jawatankuasa Sebutharga/pihak pengurusan jabatan.
  • Menyediakan Pesanan Pembelian Tempatan (LPO)/Perintah Kerja Am (GWO) dan waran perjalanan udara – 1 hari bekerja setelah mendapat kelulusan pihak pengurusan.
  • Menyediakan dokumen pembayaran- 9 hari bekerja setelah mendapat nota hantaran & inbois pembayaran daripada pihak pembekal.

sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan layanan dan penyampaian perkhidmatan yang diterima,kami bersedia untuk menerima maklum balas serta aduan secara bertulis kepada:

 

Pengarah,
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri
Tingjat 1, Blok A, Wisma Kewangan
Beg Berkunci 2057
88999 KOTA KINABALU
Sabah.

atau melalui sistem e-Aduan: http://www.aduan.sabah.gov.my/web/

  • Pencapaian
  • Piagam