JABATAN PERKHIDMATAN KOMPUTER NEGERI SABAH (JPKN)



Kejadian bencana seperti kebakaran boleh terjadi pada bila-bila masa di mana-mana premis pejabat. Tindakan segera dan pantas adalah perlu ke atas bencana ini demi untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda. Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) mengambil berat tentang perkara seperti ini, maka satu Pasukan Tindakan Kecemasan atau Emergency Response Team (ERT) telah ditubuhkan pada tahun 2011 dengan peranan dan tanggungjawab khas untuk menangani masalah ini.

Ujian kecemasan kebakaran (fire drills) dan demonstrasi penggunaan peralatan-peralatan memadam kebakaran diadakan setiap tahun dengan bantuan dan kerjasama daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah.

Komitmen pihak pengurusan JPKN untuk memberikan satu suasana tempat kerja yang selesa dan selamat telah menjadi satu daripada budaya kerja pejabat dengan amalan-amalan baik seperti memastikan semua suis bekalan elektrik dimatikan selepas waktu pejabat.

Pihak pengurusan mewujudkan dan melantik beberapa Ketua Lantai atau Warden di mana mereka bertanggungjawab ke atas zon-zon pejabat yang telah dikenalpasti. Semua langkah berjaga-jaga dan langkah-langkah keselamatan telah diambilkira dengan sokongan daripada pihak pengurusan dan juga kerjasama daripada semua staf.