KESITER ~ Kelab Sukan dan Rekreasi, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah. → Maklumat Lanjut


Selamat Datang ~ Welcome!

Anda sedang melayari laman web rasmi Kelab Sukan dan Rekreasi (KESITER), Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah (JPKNS).

Maklumat lanjut mengenai KESITER boleh didapati di bahagian Profil kelab. Aktiviti & Perancangan mempunyai laporan ringkas beserta foto-foto sekitar aktiviti yang dilaksanakan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, ataupun ingin menyuarakan pendapat, kritikan atau sebarang cadangan, silalah berhubung terus dengan kami, maklumbalas dari anda amat kami hargai.


Selamat Datang!

Kelab Sukan dan Rekreasi Komputer adalah kelab yang ditubuhkan oleh kakitangan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri bertujuan sebagai platform bagi mengeratkan hubungan kakitangan jabatan ini dari segi kegiatan sukan dan rekreasi anggota JPKN.

Saya amat berbangga kerana dapat menerajui Kelab KESITER untuk sesi 2011-2012 ini dimana semua AJK Kelab yang dilantik dapat bersama-sama dengan saya membuat perancangan untuk merubah sikap dan transformasi minda anggota jabatan ini melalui kegiatan sukan dan rekreasi.

Saya juga berharap agar semua ahli Kelab dapat memberikan sokongan padu kepada saya dan AJK Kelab dalam merealisasikan semua aktiviti Kelab bagi pembangunan insan dan transformasi perkhidmatan awam secara umumnya.

Sekian dan terima kasih.

PRESIDEN KESITER.