Visi

Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam Negeri Untuk Mencapai Kerajaan Pintar.

Misi

Memberikan Perkhidmatan ICT Yang Cemerlang Kepada Kerajaan Negeri Bagi Mendampingi Masyarakat.

Objektif Perkhidmatan Sokongan KSIT-MAFI Untuk Jabatan Pengguna

  1. Bertindak sebagai pusat perkhidmatan ICT bagi Kerajaan Negeri Sabah.

  2. Memperkenal dan menyelaras perancangan serta kemajuan ICT.

  3. Memperbaiki sistem dan tatacara pelaksanaan dan penggunaan ICT.

  4. Memastikan penggunaan kos perbelanjaan yang berpatutan dalam pelaksanaan dan penggunaan ICT.

  5. Mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan dan produktiviti sumber tenaga manusia dan penggunaan ICT.

  6. Mempiawaikan dokumentasi, data dan rekodnya, prosedur dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan ICT.

  7. Mengintegrasikan aplkasi komputer yang bersangkutan dengan sistem maklumat pengurusan.

  8. Menyediakan latihan kepada para pengguna ICT bagi mempertingkatkan pengetahuan serta memperolehi pengalaman dalam penggunaan ICT.

  9. Memastikan perubahan wajar dan licin daripada sistem manual kepada sistem berkomputer

Fungsi dan Peranan

Bidang tugas utama yang perlu dilaksanakan oleh setiap personel IT yang ditempatkan di KSIT-MAFI dalam menyediakan perkhidmatan sokongan IT yang cekap dan berkesan adalah seperti berikut:-

  1. Membuat perancangan bagi keperluan komputerisasi khusus untuk Jabatan/ Kementerian yang berkenaan;

  2. Menyediakan perkhidmatan konsultansi IT kepada Jabatan/ Kementerian yang berkenaan;

  3. Melakukan kajian, merekabentuk, pembangunan dan penyelenggaraan, serta pengkajian semula terhadap sistem-sistem aplikasi sedia ada dan yang baru;

  4. Mengendalikan penyelenggaraan terhadap sistem-sistem aplikasi yang terdapat dalam rangkaian sistem;

  5. Mewujudkan rangkaian, mentadbir prestasi dan keselamatan rangkaian serta melakukan pembaikpulihan terhadap sebarang masalah rangkaian sistem dalam jabatan/ kementerian berkenaan;

  6. Menyelesaikan masalah-masalah teknikal yang dihadapi oleh kakitangan jabatan/kementerian berkenaan dalam penggunaan sistem komputer;

  7. Menyediakan dan mengendalikan latihan yang berterusan dalam penggunaan pelbagai sistem aplikasi kepada kakitangan sedia ada dan baru di setiap jabatan/ kementerian yang berkenaan;

  8. Meningkatkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti komputerisasi di jabatan/kementerian berkenaan;

  9. Memastikan pelaksanaan aktiviti-aktiviti komputerisasi di jabatan/kementerian berkenaan dilaksanakan dengan teratur, dan sejajar dengan Pelan Induk IT Negeri;

  10. Memainkan peranan sebagai penghubung dengan pihak-pihak tertentu seperti pembekal-pembekal komputer, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) dan pihak-pihak lain dalam hal-hal berkaitan komputerisasi;

  11. Membantu Ketua Pegawai Maklumat (CIO) jabatan/kementerian yang berkenaan dalam hal-hal IT yang bersesuaian dengan pelaksanaan Kerajaan Elektronik di jabatan/kementerian berkenaan; dan

  12. Menjadi Ahli Jawatankuasa ICT jabatan/kementerian yang berkenaan sebagai rujukan.