Sistem Aplikasi

 

Berikut adalah sistem aplikasi yang boleh dirujuk melalui KSIT-KPLB sekiranya terdapat sebarang masalah :

 

Sistem Aplikasi Generik :

 

  • E-Cuti
  • E-Izinhadir Seminar
  • E-Prestasi
  • E-Izin Pergerakan
  • S3P
  • SPDE
  • EPOL
  • Email

 

Sistem Aplikasi Khusus :



BIL

SISTEM APLIKASI

PENERANGAN

1

Sistem Pengeluaran Lesen Perniagaan

Sistem Pengeluaran Lesen Perniagaan ini bertanggungjawab mengendali pengeluaran lesen niaga di setiap daerah dan ianya diakses sepenuhnya oleh agensi-agensi berikut :

 

1. Kementerian Kewangan

(memantau laporan kutipan hasil secara harian atau bulanan di setiap daerah)

2. Semua Pejabat Daerah Penuh (23 pejabat)

3. Semua Pejabat Daerah Kecil (5 pejabat)

2

Sistem Seni Jahitan Kreatif

i) Peningkatan dan penambaikan sistem.

Sistem boleh digunakan oleh pengguna (Bahagian Latihan & Pembangunan Masyarakat) semasa membuat pemantauan peserta di kampung-kampung.

3

Sistem Pemudesa

i) Peningkatan dan penambaikan sistem.

Menyediakan sistem pengurusan maklumat dan pemantauan peserta program/aktiviti yang dilaksanakan oleh Bahagian Kemajuan Industri Desa.

4

Sistem JKKK/JKDB

Menyediakan sistem pengurusan maklumat JKKK/JKDB seluruh negeri Sabah yang dilaksanakan oleh Bahagian Latihan & Pembangunan Masyarakat.

5

Sistem Maklumat Peningkatan Ekonomi dan Ameniti Desa (SPED)

Sistem yang membantu pengurusan maklumat program-program Fizikal, Ekonomi dan Kursus yang dilaksanakan di setiap daerah oleh Bahagian Peningkatan Ekonomi Desa. Juga membantu pengguna dalam pengurusan perbelanjaan, laporan dan perancangan tahunan berdasarkan peruntukan tahun semasa.

6

Program Usaha Pembasmian Kemiskinan (ePROSPEK KPLB)

Membantu pengurusan maklumat program-program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan oleh KPLB dan juga KKLW. Laporan perbelanjaan, status perlaksanaan projek dan sebagainya dapat dipantau oleh Bahagian Pembasmian Kemiskinan.