Copyright 2019 - Hakcipta terpelihara © 2011 - 2017 Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768 pelayar Safari, Mozila Firefox, Google Chrome.

Visi, Misi & Objektif :


 

Visi

Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam Negeri Untuk Mencapai Kerajaan Pintar.

 

Misi

Memberikan Perkhidmatan ICT Yang Cemerlang Kepada Kerajaan Negeri Bagi Mendampingi Masyarakat.

 

Objektif

  • Bertindak sebagai pusat perkhidmatan ICT bagi Kerajaan Negeri Sabah.
  • Memperkenal dan menyelaras perancangan serta kemajuan ICT.
  • Memperbaiki sistem dan tatacara pelaksanaan dan penggunaan ICT.
  • Memastikan penggunaan kos perbelanjaan yang berpatutan dalam pelaksanaan dan penggunaan ICT.
  • Mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan dan produktiviti sumber tenaga manusia dan penggunaan ICT.
  • Mempiawaikan dokumentasi, data, rekod, prosedur dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan ICT.
  • Mengintegrasi aplikasi komputer yang berkaitan dengan sistem maklumat pengurusan.
  • Menyediakan latihan kepada para pengguna ICT bagi mempertingkatkan pengetahuan serta memperolehi pengalaman dalam penggunaan ICT.
  • Memastikan perubahan wajar dan licin daripada sistem manual kepada sistem berkomputer.
  • Mengurus dan mengendalikan operasi penggunaan sistem aplikasi ICT dan data-data rasmi Kerajaan Negeri serta penyimpanan sentiasa “realiable” dan terjamin.
  • Memastikan dan mengawal keselamatan ICT Kerajaan Negeri sentiasa terjamin.

 

Dasar dan Notis Penafian