Latar Belakang Cawangan

Pengwujudan pejabat JPKN cawangan Lahad Datu akan berperanan memberi perkhidmatan ICT dengan lebih cepat dan berkesan di daerah Lahad Datu, daerah kecil Tungku dan daerah Kinabatangan. Sebelum ini perkhidmatan pengkomputeran diselia oleh pejabat cawangan Tawau di daerah Lahad Datu dan Tungku. Manakala perkhidmatan pengkomputeran diselia oleh pejabat cawangan Sandakan di daerah Kinabatangan. Sehubungan dengan pengwujudan pejabat cawangan Lahad Datu ini ia telah mengambil alih dan akan bertanggungjawap terhadap keperluan perkhidmatan ICT di daerah-daerah terbabit.

Oleh kerana permintaan perkhidmatan pengkomputeran yang kian bertambah dari jabatan-jabatan dan agensi Kerajaan Negeri di daerah Lahad Datu maka pengwujudan Pejabat cawangan Lahad Datu telah dapat memenuhi keperluan perkhidmatan ICT di daerah-daerah sekitarnya dengan lebih tumpuan dan berkesan, seperti mana cawangan-cawangan yang wujud di Tawau, Sandakan, Keningau, Kota Marudu dan Beaufort.

Cawangan JPKN Lahad Datu ini telah di buka dengan rasminya pada Julai 2011 dan di tempatkan di tingkat 2 Bangunan Urusetia Lahad Datu, setelah itu pada 09 haribulan March 2012  sebuah Makmal Mini IT yang berkapasiti 11 buah komputer telah di wujudkan di daerah ini sebagai tempat untuk mejalankan kursus-kursus latihan dan telah ditempatkan di bangunan Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Lahad Datu,

Dengan wujudnya Cawangan JPKN Lahad Datu ini ia telah dapat memberi impak yang sangat besar dan melicinkan perkhidmatan agensi dan kerajaan negeri bagi daerah Lahad Datu dan kawasan-kawasan di bawa seliaan Cawangan JPKN Lahad Datu.