Soalan Lazim

 
    1. Siapakah yang boleh memohon dan menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh JPKN?
      Pihak JPKN hanya dapat memberikan perkhidmatan kepada Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Sabah sahaja.
    2. Bagaimanakah saya ingin tahu sekiranya ada kekosongan jawatan dalam JPKN?
      Untuk mengetahui maklumat kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam sila rujuk Sistem Permohonan Jawatan Online (http://www.jawatan.sabah.gov.my).
    3. Bagaimanakah saya ingin memohon emel rasmi kerajaan?
      Untuk membuat permohonan emel rasmi kakitangan awam kerajaan negeri sabah, sila ajukan permohonan anda kepada Ibupejabat/Cawangan/KSIT JPKN yang terdekat dengan jabatan tuan/puan.
    4. Bagaimanakah saya ingin memohon bantuan teknikal komputer?
      Bantuan teknikal boleh diberikan oleh Cawangan/KSIT yang terdekat atau pun Bahagian Perkhidmatan Rangkaian dan Sokongan, JPKN
    5. Bagaimana saya ingin memohon peralatan multimedia?
      Untuk membuat permohonan peralatan multimedia JPKN, sila buat permohonan anda melalui Bahagian Perkhidmatan Multimedia, JPKN
    6. Bagaimana saya ingin memohon perkhidmatan konsultansi?
      JPKN juga memberi khidmat nasihat konsultansi pengkomputeran. Permohonan boleh dibuat melalui Bahagian Perancangan, JPKN
    7. Dimana saya boleh rujuk/melapor berkenaan dengan masalah teknikal ICT?
      JPKN menyediakan satu ruang/sistem untuk pengguna membuat rujukan/laporan berkenaan dengan masalah teknikal. Sistem tersebut adalah Sistem Trek ICT (http://sww.compserv.sabah.gov.my/TrekICT/).
    8. Bagaimana caranya sekiranya jabatan saya ingin memohon untuk membangunkan sebuah sistem?
      Sekiranya pihak jabatan tuan/puan ingin memohon bantuan dalam pembangunan sistem sila buat permohonan melalui Bahagian Pembangunan, JPKN
    9. Apakah alamat web Cawangan/KSIT JPKN?
      Untuk melihat dan melawat laman web cawangan dan KSIT JPKN, sila rujuk halaman Cawangan & KSIT JPKN (http://www.jpkn.sabah.gov.my/ksit.asp).

Galeri

Peta Lokasi

Alamat Perhubungan

    • Ibu Pejabat
    • Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri
    • Tngkt 6 & 7, Blok A
    • Pusat Pentadbiran Negeri Sabah
    • Jalan Teluk Likas, Tanjung Lipat
    • 88400 Kota Kinabalu, Sabah.