FEBRUARI |
5 Feb - Mesyuarat Agung PERKIS
5 Feb - Ceramah Zakat Penggajian
|
| |
Laporan Program :
5 Februari 2010. Mesyuarat Agung PERKIS JPKN Bil. 2/2010 telah dijalankan bertempat di Bilik Kuliah Utama, Kementerian Kewangan. Seramai 46 orang ahli PERKIS JPKN dan 1 orang wakil daripada JPKN Cawangan Sandakan telah menghadiri Mesyuarat Agung tersebut. Dalam mesyuarat ini tiada pemilihan Jawatankuasa baru dijalankan, selaras dengan Perlembagaan PERKIS JPKN. Mesyuarat Agung ini hanya dijalankan bagi membentangkan Laporan Aktiviti 2009 dan Cadangan program 2010. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Dr. Haji Mingu Jumaan selaku penasihat persatuan. Pemilihan Ahli Jawatankuasa yang baharu hanya dijalankan pada mesyuarat agung 2011.
Jam 10.30 Pagi, Sejurus selepas mesyuarat agung ditangguhkan Program Taklimat Zakat Penggajian telah dijalankan. Taklimat tersebut telah dikendalikan oleh 3 orang kakitangan Pusat Zakat Sabah yang diketuai oleh Ustaz Awang Juri (Penolong Pengarah, PZS).
Nota Taklimat Zakat |
| |
25 Feb - Ceramah Agama
Penceramah :
Ustaz Saifulzaman Bin Sangul
(Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah)
Tajuk: "Dakwah Islamiah (Bil-Hal) Tuntutan Nabi Muhammad S.A.W"
Laporan:
Telah dijalankan dengan jayanya dan dihadiri oleh 58 orang peserta termasuk daripada JBN dan Kementerian Kewangan.
Tempat : Bilik Kuliah Utama,
Wisma Kewangan, Kota Kinabalu
Masa : Jam 8.15 Pagi - 9.30 Pagi
|
| |
Perarakan Maulidur Rasul
26 Februari 2010
(
12 Rabiulawal 1431 H)
Jam 6.30 Pagi - 12.00 Tengahari
Tempat : Padang Merdeka - Wisma MUIS, Kota Kinabalu
Laporan:
PERKIS telah menghantar peserta seramai 30 orang peserta |
| |
  
25 Februari 2010. Ceramah Agama "Dakwah Bil-Hal: Tuntunan Nabi Muhammad S.A.W" telah dijalankan dengan penyertaan seramai 58 orang. Penceramah Jemputan ialah Ustaz Saifulzaman Bin Sangul daripada Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Sabah. Ceramah ini telah dihadiri oleh Kakitangan Islam JPKN, Jabatan Bendahari Negeri dan Kementerian Kewangan Negeri.
  
26 Februari 2010. JPKN buat julung kalinya menyertai perarakan Maulidur rasul s.a.w dengan mengenakan pakaian seragam sendiri yang telah dijahit masing-masing oleh peserta dengan bantuan subsidi kain daripada PERKIS JPKN. Program ini telah diselaraskan oleh Saudara Abdul Razak Ahmad dan Puan Noorhidayah Ameenuddin.
Laporan daripada Email Saudara Razak:
Terlebih dahulu saya mengucapkan Syukur kehadrat Ilahi dengan keizinannya dapatlah kita menjayakan perarakan sambutan Maulidur Rasul 1431H/2010 yang penuh bermakna ini. Tahniah dan syabas di atas penglibatan Dr/Tuan/Puan dalam menjayakan perarakan . Ucapan terima kasih juga diatas sokongan tuan/puan samada secara langsung dan tidak langsung terutamanya Dr. yang sudi bersama-sama kita pada hari tersebut.
Saya juga berasa bangga kepada kontigen kita kerana dapat hadir walaupun pelbagai masalah yang dihadapi setiap peserta antaranya, En. Wahid walaupun sakit kaki namun dapat juga menghadirkan diri. Begitu juga dengan Puan Norasmah pada pagi tersebut juga terpaksa balik ke Sandakan untuk menziarahi abang yang sakit namun dapat juga menamatkan perarakan hingga ke penamat. Cik Asriani dengan semangat telah mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk menyediakan pakaian dan begitu juga dengan En. Tommy menambah kain dengan perbelanjaan sendiri. Tidak lupa juga kepada En. Ag. Hamzah dengan semangat akhirnya berjaya menamatkan perarakan hingga ke penamat sehingga pakaian basah kuyup dimandikan dengan peluh. Dan begitu juga dengan peserta semua yang telah mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk upah menjahit pakaian. Dengan kehadiran dan sokongan daripada pihak Dr/tuan/puan inilah yang telah menjayakan perarakan kita dalam sambutan Maulidur Rasul dan diharap semangat ini akan diteruskan sehingga ke tahun hadapan.
Akhir sekali saya selaku mewakili PERKIS mengucapakan ribuan terima kasih kepada kontigen kita dalam menjayakan perarakan ini yang penuh ikhlas untuk mewakili JPKN pada sambutan tersebut. Saya juga memohon maaf diatas segala kekurangan dan kelemahan dalam mengurus persiapan kontigen kita hingga ke penghujung Majlis Sambutan.
Sekian.
|
MAC |
26 Mac - Ceramah Agama
Penceramah :
Ustaz Saifulzaman Bin Sangul
(Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah)
Tajuk: "Perjalanan Hidup Insan "
Tempat : Dewan Kuliah Utama, Kementerian Kewangan, Kota Kinabalu.
Laporan :
Telah dijalankan dengan jayanya.
Seramai 23 Orang peserta telah hadir termasuk juga peserta daripada JBNS. |
| |
27 Mac - Majlis Tilawah Peringkat Kementerian Kewangan Negeri
Tarikh : 27 Mac 2010
Masa : 8.00 Pagi - Tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Kewangan Negeri
Laporan :
Telah diwakili oleh 3 orang peserta daripada JPKN iaitu:
1. Abdul Razak Ahmad (Naib Johan Qari)
2. Julkipli Jul (Sagu hati)
3. Asmah Din Binti Kassim (Johan Qariah)
|
APRIL |
30 April - Mesyuarat Jawatankuasa PERKIS
9.00 Pagi (Bilik Mesyuarat Mini JPKN)
|
MEI |
1. Taklimat Kumpulan Wang Amal Jariah dan Fidyah (Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah)
Tarikh : 4 Mei 2010
Masa : 10.00 - 12.00 Tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Kewangan
Laporan :
Sudah dilaksanakan dengan jayanya. Borang Penyertaan sumbangan boleh diperolehi daripada Bahagian Akaun. Sebagai maklumat tambahan PBNS juga bertindak sebagai entiti kutipan wang amal YPEIM (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam). Para ahli digalakkan untuk membuat potongan gaji seminima RM1 sebulan untuk tujuan derma zariah dan sumbangan ini boleh direbetkan semasa membuat taksiran cukai pendapatan pada setiap tahun di LHDN.
3. Lawatan Ke Hospital Queen Elizabeth
Tarikh : 22 Mei 2010
Masa : 9.00 Pagi - Selesai
Tempat : Wad Paliatif (Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu)
Laporan :
Lawatan telah dijalankan dengan jayanya. Seramai 10 orang dan 1 orang ahli keluarga PERKIS telah mengikuti program ini.
Dalam lawatan ini kami telah melawat 2 unit wad iaitu wad paliatif dan wad penyakit buah pinggang.
PERKIS JPKN telah memberikan sedikit sumbangan berupa hamper, bahan bacaan dan sedikit juadah kepada para pesakit. Antara pengisian yang dilakukan ialah sesi taklimat daripada Dr.Citra dan Jururawat daripada Wad Paliatif dan Wad Kidney Failure, program ziarah pesakit, bacaan surah yasin, majlis hari jadi dan hiburan turut diadakan.
Dalam kesempatan yang sama kami turut membantu seorang pesakit yang nazak dengan bacaan surah yasin sebelum beliau meninggal dunia. Inna lilllah wa inna ilahi rajiun. Semoga rohnya mendapat keselamatan di akhirat nanti.
Diharap para peserta yang mengikuti program ini mendapat iktibar tentang hayat kita yang perlu digunakan sebaiknya sebelum menuju negeri akhirat.
4. Kutipan Tabung Wakaf
Untuk Masjid Penampang
Laporan :
Kutipan daripada ahli telah dijalankan termasuk daripada Cawangan JPKN. Sejumlah RM 2,070.00 (20.7 Lot) telah berjaya dibeli dan di Bank-In ke dalam akaun Tabung Wakaf dan Resit urusniaga diserahkan kepada Dr.Mingu selaku wakil Jawatankuasa Tabung tersebut.
|
JUN |
|
JULAI |
15 Julai - Kursus Tahsin Solat
Laporan :
Telah berjaya dijayakan di Masjid Negeri Sabah dengan bimbingan Ustaz Haji Muchlis Ali Kassim. Seramai 22 orang peserta telah menghadiri program ini.
23 Julai - Kunjungan Hormat AJK Perkis ke Maahad Tahfiz Tg. Aru
Laporan :
Kunjungan ke Maahad Tahfiz Wal Qiraat Tg. Aru telah dijalankan pada 23 Julai 2010 Jam 9.30 - 11.00 Pagi. Rombongan kami terdiri daripada Kamaltan, Hajah Kamariah, Hassan dan Julkipli telah diraikan oleh Pengetua Ustazah Heryanti dan Ustazah Dg. Masni. Taklimat ringkas mengenai perkakasan ICT dan Program ICT Maahad Tahfiz telah dijalankan. Pihak kami telah mengesyorkan beberapa saranan untuk menambahbaik kemudahan ICT di institusi tersebut.
|
OGOS |
9 Ogos 2010 (Hari Isnin) Ceramah Agama
"Persiapan Menjelang Ramadhan"
Masa : Jam 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama,
Kementerian Kewangan
Laporan :
telah berjaya dijalankan oleh penceramah jemputan Ustaz Muchlis Ali Kassim (Syukbah Dakwah) Masjid Negeri Sabah. Program ini telah dihadiri oleh Pengarah JPKN dan 35 orang kakitangan yang terdiri daripada JPKN, MOF dan JBN.
Ceramah Ramadhan Siri -1
Laporan :
13 Ogos 2010 - Ceramah Ramadhan anjuran MOF telah dijalankan. Ustaz Kelana daripada Bahagian Dakwah JHEAINS telah mengupas berkenaan dengan beberapa pendekatan al-Quran yang telah ditetapkan bagi melawan hawa nafsu yang sentiasa merosakkan manusia.
20 Ogos 2010 - Ceramah Ramadhan anjuran MOF telah dijalankan. Ustaz Jasmin daripada Bahagian Dakwah JHEAINS telah mengupas berkenaan dengan beberapa perkara yang boleh mengurangkan pahala berpuasa.
Ceramah Ramadhan seterusnya akan diadakan pada dan 27 Ogos dan 3 September 2010
13 Ogos 2010 (Hari Jumaat), menghantar sumbangan 2 unit komputer ke Maahad Tahfiz, Tanjung Aru
Laporan :
PERKIS JPKN telah menyumbang 2 unit PC dan Wireless Access kepada Maahad Tahfiz Wal-Qiraat Tanjung Aru. Peralatan ini telah diterima oleh Ustazah Heryanti (Pengetua), Dg. Masni dan Encik Sahariful mewakili maahad Tahfiz. PERKIS JPKN terdiri daripada Kamaltan (Pengerusi), Julkipli, Mohd Yusoff dan Mohdafzainizulohzi.

13 Ogos 2010 (Hari Jumaat), PERKIS menyumbang bantuan untuk Majlis Iftar Perdana anjuran Hidayah Center Sabah
Laporan :
PERKIS JPKN telah menyumbang RM900 untuk Majlis Iftar Perdana anjuran HIDAYAH CENTER SABAH untuk para Muallaf yang akan diadakan pada 22 Ogos 2010 di Magelland Sutera Harbour.
20 Ogos - Penyerahan Sumbangan PERKIS kepada ABIM Sabah untuk Rumah Putera Harapan.
 Kelihatan Saudara Kamaltan Karimin (Pengerusi) menyerahkan sumbangan kepada ABIM yang diwakili oleh Saudara Hasanuddin Guliling dan disaksikan oleh Hajah Kamariah, Rafidah dan Julkipli bertempat di Pejabat Bahagian Perancangan Sistem JPKN.
23 Ogos - Majlis Berbuka Puasa, Tazkirah dan Solat Sunat Tarawih
Laporan :
Semua Warga Islam JPKN akan berkumpul di Ruang Legar, Kementerian Kewangan untuk mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Seterusnya bergerak ke Surau Kementerian Kewangan untuk Solat Maghrib, Tazkirah Ramadhan, Solat Isya' dan Solat Sunat Tarawih. Majlis ini turut dihadiri oleh kakitangan bukan Islam JPKN. Solat telah diimamkan oleh Saudara Hierwan Murshid manakala Tazkirah Ramadhan telah disempurnakan oleh Saudara Kamaltan Karimin (Pengerusi).
17 Ramadhan 1431 (27 Ogos 2010)
|
SEPTEMBER |
1 Syawal 1431 (10 September 2010)
Sambutan Aidilfitri 1431H
25 September - Lawatan Ke Rumah Anak Yatim |
Aidilfitri
Ikut Perancangan KESITER
Tindakan : Sariwan / Hajah Kamariah |
OKTOBER |
29 Oktober - Ceramah Umum |
Tindakan : Hierwan |
NOVEMBER |
10 Zulhijjah 1431
(17 November 2010)
20 November - Program Qurban |
Aidiladha
Tindakan : Pn. Asmah Din / Kamaltan (Urus Setia) |
DISEMBER |
1 Muharam 1431 (7 Disember 2010)
17 Disember - Ceramah Umum |
Maal Hijrah
Tindakan : Hassan |