Peraturan Sukan Tenpin Bowling

 

   1.   PERATURAN AM

         1.1    Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Peraturan Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC) dan FIQ.

         1.2    Sekiranya timbul perselisihan dari segi penafsirannya, Undang-Undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.

                 1.2.1   Semua kejadian am akan diputuskan berasas kepada PERATURAN AM SUKAN    DWI TAHUNAN PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI SE-MALAYSIA KE-9 2007.

                 1.2.2   Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan FIQ.

                 1.2.3   Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Bowling dengan berpandukan MTBC/FIQ adalah muktamad.

 

   2.   ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

         2.1    Acara Empat Berpasukan

         2.2    Acara Terbuka (Masters)

         2.3    Acara Individu VIP

 

   3.   TARIKH PERTANDINGAN

         13 hingga 14 Jun 2007.

 

   4.   TEMPAT PERTANDINGAN

         Centre Point Bowl, Centre Point Sabah, KOTA KINABALU.

 

   5.   ACARA EMPAT BERPASUKAN

         5.1    Setiap pasukan negeri dibenarkan menghantar satu (1) pasukan yang mengandungi empat (4) orang pemain utama dan empat (4) orang pemain simpanan.

         5.2    Pertandingan ini dijalankan secara kombinasi empat (4) orang pemain utama yang mana salah seorang pemain utama hendaklah terdiri daripada Pegawai Gred 41 ke atas sama ada lelaki/wanita. Manakala bagi tiga (3) orang pemain utama hendaklah sekurang-kurangnya salah seorang daripadanya terdiri daripada pemain lelaki/wanita.

         5.3    Setiap pemain dalam setiap pasukan bermain sebanyak empat (4 games) permainan.

         5.4    Keputusan Pertandingan akan ditentukan bagi pasukan yang memperoleh jatuhan pin terbanyak, kedua terbanyak dan ketiga terbanyak.

         5.5    Hadiah akan disediakan bagi pemain yang mendapat Hi-Games dan Hi-Series bagi acara berpasukan ini.

 

   6.   ACARA TERBUKA (MASTERS)

         6.1    Setiap Pasukan Negeri dikehendaki menghantar hanya dua (2) orang pemain sahaja sama ada lelaki atau wanita.

         6.2    Setiap pemain akan bermain sebanyak sembilan (9 games) permainan. Pertukaran lorong akan dilakukan selepas setiap tiga (3) permainan dengan berpindah ke lorong di sebelah kanan. Pemain yang bermain di lorong 5 dan 6 akan berpindah ke lorong 7 dan 8, manakala pemain di lorong 7 dan 8 akan berpindah ke lorong 5 dan 6, begitulah seterusnya dengan kaedah yang sama kepada pemain dan lorong yang lain.

         Contoh pertukaran Lane:

 

                      

 

 

 

 

 

 

 

 

Lane

 

Lane

 

Lane

 

Lane

 

Lane

 

Lane

 

Lane

 

5/6

 

7/8

 

9/10

 

11/12

 

13/14

 

15/16

 

17/18

 

                                                                                                                 

                                                                           

                                                                                                                                                 

 

         6.3     Keputusan Pertandingan akan ditentukan bagi pemain yang memperoleh jatuhan pin terbanyak. Hadiah akan disediakan bagi pemenang tempat pertama hingga kelima.

 

 

 

 

   7.   ACARA INDIVIDU VIP

         7.1     Setiap negeri dikehendaki menghantar dua (2) orang pemain VIP sahaja, sama ada PEGAWAI/Timbalan Pegawai KEWANGAN NEGERI, setiausaha/Timbalan SETIAUSAHA KEWANGAN NEGERI, Bendahari/Timbalan BENDAHARI NEGERI dan PEGAWAI Gred 41 ke atas (Kumpulan Pengurusan dan Profesional).

         7.2     Setiap pemain akan bermain sebanyak tiga (3 games) permainan sahaja.

         7.3     Pemenang dalam Pertandingan Bowling VIP ini akan ditentukan dari jumlah keseluruhan jatuhan pin yang terbanyak oleh seseorang pemain.

 

   8.   CARA PERMAINAN (STYLE OF PLAY)

         8.1     Tiap-tiap satu permainan (game) akan dilangsungkan di atas sepasang lorong. Individu atau pasukan akan mengikut susunannya bermain satu frame pada satu lorong dan frame yang berikutnya pada lorong yang di sebelahnya. Cara permainan ini akan digunakan sehingga permainan tamat.

 

   9.   PERATURAN DALAM SUSUNAN PERMAINAN (ORDER OF PLAY)

         9.1     Pemain-pemain acara berpasukan mesti bermain mengikut susunan yang didaftarkan dalam permainan (game) yang pertama.

         9.2     Sekiranya didapati ada pasukan yang menukar pemain semasa pertukaran lorong, pasukan itu akan hilang kelayakan bermain tanpa amaran.

 

10.   MENARIK DIRI DARI PERTANDINGAN (WALK OVER)

         10.1       Mana-mana pasukan yang menarik diri setelah permainan dimulakan, penyertaan pasukan tersebut akan dibatalkan. Penyertaan pasukan tersebut bagi acara (event) yang lain juga terbatal dalam Pertandingan Bowling ini.

         10.2       Pemain yang menarik diri atau memberikan ‘walk over’ dalam suatu permainan akan hilang kelayakan untuk bermain dalam permainan seterusnya.

         10.3       Jika berlaku kemalangan atau kecederaan terhadap seseorang pemain semasa pertandingan yang disahkan oleh Pegawai Perubatan bertugas dan memohon untuk menarik diri. Jatuhan pin bagi game yang telah selesai akan diambil kira, tetapi sekiranya permainan dihentikan pada pertengahan permainan, tiada jatuhan pin diambil kira. Bagi game yang berikutnya, pemain tersebut akan diberikan ‘blind score’ sebanyak 50. Tiada pemain gantian dibenarkan.

         10.4       Mana-mana pasukan yang pemainnya kurang dari 4 orang tetapi tidak kurang dari 3 orang semasa pertandingan dimulakan. Pasukan tersebut akan kekal dengan 3 orang pemain hingga tamat pertandingan.

         10.5       Mana-mana pasukan yang didapati menukar pemain setelah permainan dimulakan, penyertaan pasukan tersebut akan dibatalkan tanpa amaran.

 

11.   PENGESAHAN KEPUTUSAN

         11.1       Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemain/pasukan untuk mengesahkan keputusan perlawanannya dalam skor yang telah disediakan.

         11.2       Keputusan setelah disahkan hanya boleh dibantah dengan kebenaran Pengarah Pertandingan (Tournament Director).

 

12.   GANGGUAN PERMAINAN

         12.1       Pengarah Pertandingan mempunyai kuasa muktamad untuk membuat arahan supaya permainan yang terganggu pada sepasang lorong baru sekiranya lorong di mana permainan itu berlangsung ditimpa masalah kerosakan mesin atau kerosakan-kerosakan lain.

 

13.   BERMAIN DI LORONG YANG SALAH

         13.1       Bila seseorang peserta yang bermain dalam lorong yang salah dan kesalahan ini ditemui sebelum peserta lain membuat balingannya, maka balingan itu akan dianggap sebagai bola mati (dead ball) dan peserta tersebut dikehendaki bermain frame yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi.

 

14.   WAKTU MELAPOR DIRI

         14.1       Semua peserta mesti melaporkan diri 20 minit sebelum pertandingan dimulakan. Peserta yang lewat akan hilang kelayakan untuk bertanding dalam pertandingan tersebut.

         14.2       Peraturan ini (14.1) berkuat kuasa pada semua acara dalam Pertandingan Bowling ini.

 

15.   MEMPERLAHANKAN PERMAINAN (SLOW BOWLING)

         15.1       Seseorang pemain yang bersedia untuk membaling bolanya harus mengetahui hak dan obligasinya:

                 15.1.1  Beri laluan kepada pemain di sebelah kirinya yang telah bersedia untuk membaling (right of way).

                 15.1.2  Semua peserta harus bersedia untuk membuat balingan bila sampai gilirannya dan tidak harus melambatkan permainan atau balingannya.

                 15.1.3  Sekiranya  terdapat  peserta yang tidak mematuhi peraturan di atas, dia akan diberi amaran dengan isyarat kad putih untuk kesalahan pertama, kad kuning atas kesalahan kedua; dan kad merah untuk kesalahan berikutnya dalam suatu blok permainan. Tiada mata baginya (jatuhan pin) bagi game tersebut.

 

16.   KEHILANGAN SKOR SEMASA GANGGUAN ELEKTRIK

         16.1       Sekiranya berlaku gangguan elektrik dan skor hilang dalam monitor dan tidak dapat dipulihkan, maka pemain-pemain yang terlibat dikehendaki bermain semula ‘game’ tersebut. Tetapi, jika skor telah dicatat semula maka pemain akan meneruskan permainan dari frame di mana ia telah berhenti/terhenti sebelum ini.

         16.2       Permainan yang mana skornya telah dicatatkan itu akan dikekalkan.

         16.3       Pasukan atau peserta tidak boleh mengambil kesempatan ini untuk meminta supaya game itu dibatalkan atau dimainkan semula.

 

17.   PAKAIAN

         17.1       Semua peserta hendaklah memakai baju dan warna yang seragam yang melambangkan negeri masing-masing.

         17.2       Pemain wanita dibenarkan memakai skirt/short atau seluar panjang, tetapi pemain lelaki tidak dibenarkan memakai seluar pendek.

         17.3       Hanya baju sahaja dimestikan seragam bagi semua acara bowling, manakala seluar/skirt/short tidak perlu seragam.

 

18. NOMBOR KOD DAN PERUNTUKAN LORONG

         18.1       Semua peserta akan diberikan nombor kod mengikut negeri masing-masing.

         18.2       Peruntukan lorong juga akan ditetapkan terlebih dahulu mengikut kod negeri yang diwakili.

 

19.   MARSHALL DAN PACER

         Semasa pertandingan, Urus Setia Pertandingan akan menempatkan seorang Marshall pada setiap pasang lane bagi mengawasi pertandingan. Manakala Pacer pula akan ditempatkan bagi mengisi kekosongan pada lane tertentu.

 

20.   LARANGAN

         20.1       Peserta-peserta adalah dilarang merokok, meminum minuman keras atau di bawah pengaruh  alkohol semasa pertandingan berjalan.

         20.2       Sekiranya ada peserta yang melanggar peraturan ini, penyertaannya dalam pertandingan ini akan dibatalkan serta-merta.

         20.3       Pengurus bagi setiap pasukan negeri adalah diminta memastikan agar penyokong atau pemain negeri masing-masing tidak membuat bising atau sorakan yang keterlaluan semasa pertandingan kerana ianya akan mengganggu pemain pasukan lain yang sedang dan akan membuat balingan.  Memadai dengan hanya tepukan tangan yang sederhana.

         20.4       Hanya pemain (4 orang acara berpasukan dan 2 orang bagi acara VIP dan Masters) dibenarkan dalam kawasan permainan kecuali Pengawal Pertandingan (Marshall) yang bertugas. Selain itu tidak dibenarkan memasuki kawasan permainan.

 

 

 

 

21.   BANTAHAN/TATATERTIB

         21.1   Semua peserta atau pasukan dibolehkan membuat bantahan melalui Pengurus Pasukan sahaja.  Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan wang pertaruhan RM200.00 (tunai).

         21.2   Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan adalah didapati tidak wajar dan tidak berasas.

         21.3   Bantahan hendaklah dibuat dalam masa 15 minit selepas pertandingan tamat.

 

22.   JAWATANKUASA RAYUAN DAN TEKNIKAL

         Jawatankuasa Rayuan dan Teknikal adalah terdiri dari Pengerusi Kejohanan, Pengarah Pertandingan, Wakil Persatuan Tenpin Bowling Negeri Sabah dan Wakil Pengurusan Centre Point Bowls.

 

23.   SENARAI NAMA PEMAIN

         Senarai nama pemain pasukan setiap negeri akan disahkan dan diterima semasa taklimat pengurus-pengurus pasukan adalah muktamad. Sebarang pertukaran tidak dibenarkan selepas taklimat tersebut.

 

24.   SYARAT-syarat lain

         Semua pemain adalah tertakluk kepada syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh   

         pengurusan Centre Point Bowls di mana pertandingan dijalankan selain syarat-

         syarat sedia ada untuk pertandingan ini.

 

KEMBALI