Piagam Pelanggan

.............................

Visi

JABATAN PERKHIDMATAN KOMPUTER NEGERI berjanji untuk memberi layanan perkhidmatan dengan hormat, tepat, mesra, adil, dan tanpa prasangka kepada pelanggan utama kami iaitu:

Agensi Kerajaan Negeri Sabah,

Pembekal dan

Pegawai dan Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

serta mematuhi standard kualiti penyampaian perkhidmatan seperti berikut:

Konsultansi Perolehan Sistem Komputer

Tindakan Kajian Kesauran atau maklumbalas tindakan – 7 haribekerja selepas menerima permohonan

Laporan Kajian Kesauran – 7 hari bekerja setelah menjalankan Kajian Kesauran

[Sebutharga] Spesifikasi Sistem dan Dokumen Sebutharga yang lengkap, terperinci dan mudah difahami – 7 hari bekerja selepas Laporan akhir Laporan Kajian Kesauran.

[Tender] Spesifikasi Sistem dan Dokumen Tender yang lengkap, terperinci dan mudah difahami – 14 hari bekerjaselepas mendapat arahan daripada pengurusan atasan.

[Sebutharga] Menyiapkan analisa sebutharga yang lengkap, terperinci – 7 hari bekerja selepas tarikh tutup sebutharga.

[Tender] Menyiapkan analisa tender yang lengkap, terperinci – 14 hari bekerja selepas menerima dokumen tender daripada pembekal bagi bilangan yang tidak melebihi 5 penender atau 21 hari bekerja bagi bilangan melebihi 5 penender.

Konsultansi Perolehan Sistem Komputer

Perbincangan pembangunan - 14 hari bekerja selepas menerima permohonan pembangunan sistem.

Menyiapkan deraf laporan kajian kesauran pembangunan sistem - 25 hari bekerja selepas mendapat dokumen dan maklumat lengkap daripada pelanggan.

Menyiapkan pengemaskinian laporan kajian kesauran pembangunan sistem – 21 hari bekerja dari tarkh perbincangan bersama Ahli Jawatankuasa Pembangunan Sistem.

Memaklumkan pelanggan mengenai status tindakan – 14 hari bekerja selepas menerima permohonan pindaan mengenai pembangunan sistem.

Penempatan Pelayan

Melaksanakan penempatan pelayan atau memberi maklum balas mengenai tindakan sewajarnya – 7 hari bekerja selepas menerima permohonan daripada pelanggan.

Melaksana tindakan penempatan pelayan dengan sempurna – 14 hari bekerja selepas selesai menentukan keperluan.

Perkhidmatan Sokongan Data

Melaksanakan pengeluaran media sokongan atau memberi maklum balas mengenai tindakan sewajarnya – 1 hari bekerja selepas menerima permohonan daripada pelanggan.

Pemprosesan Data

Melaksanakan perkhidmatan pemprosesan data - 1 hari bekerja selepas menerima permohonan daripada pelanggan.

Meja Bantuan ICT

Menyelesaikan masalah teknikal berkaitan ICT yang diterima – 7 hari bekerja sekiranya perkasan dan peralatan yang diperlu tersedia ada dan boleh digunakan.

Menyediakan laporan penyelesaian masalah teknikal berkaitan perkhidmatan rangkaian sistem komputer – 30 hari bekerja selepas permohonan diterima.

Perkhidmatan Multimedia

Menyediakan cadangan sistem multimedia atau prototaip sistem multimedia yang menepati keperluan input yang dikenalpasti – tidak lebih dari 21 hari bekerja sebelum acara sebenar.

Melakukan prebiu sistem multimedia kepada pelanggan untuk mendapat maklum balas dan cadangan penambahbaikan – tidak lebih dari 14 hari bekerja sebelum acara sebenar.

Melakukan pembetulan ke atas sistem multimedia berdasarkan kepada cadangan penambahbaikan pelanggan dan prebiu akhir – tidak lebih dari 7 hari bekerja sebelum acara sebenar.

Penyelidikan ICT

Melaksanakan penyelidikan berkaitan ICT – 30 hari bekerja bergantung kepada skop penyelidikan.

Menyediakan laporan penyelidkan = 14 hari bekerja setelah selesai tempoh penyelidikan yang ditetapkan.

Pengurusan Makmal ICT

Menyediakan Makmal ICT -1 hari bekerja sebelum acara.

Kajian dan Penyelidikan Teknologi Keselamatan ICT

Kajian Berskop Kecil - Tidak melebihi 2 bulan

Kajian Berskop Sederhana -Tidak melebihi empat 4 bulan.

Kajian Berskop Besar - Tidak melebihi 6 bulan.

Respon Insiden dan Forensik

Mengeluarkan laporan analisa insiden dan log kepada Agensi/Jabatan Sektor Awam Negeri - 1 bulan selepas kerja forensik dibuat.

Khidmat Konsultansi Keselamatan ICT

Memberi khidmat nasihat yang berkesan – Dalam tempoh 3 hari bekerja selepas menerima permohonan.

Merancang dan Mengurus Pembangunan Kakitangan

Memproses dan menghantar permohonan mengikutu kursus(Latihan/Seminar) persidangan/bengkel - 5 hari bekerja setela menerima permohonan.

Pengurusan Hal-Ehwal Pentadbiran Kakitangan

Memberi layanan yang saksama kepada semua pegawai/kakitangan dalam urusan pentadbiran dan akaun.

Memastikan bahawa urusan Pelantikan seperti berikut diproses:

Memangku : 3 bulan sebelum tamat tempoh Memangku

Kontrak : 6 bulan sebelum tamat Kontrak

Pengesahan Jawatan : Setelah genap tempoh percubaan atau mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat pelantikan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa

Pengesahan Taraf Berpencen : Setelah disahkan dalam jawatan Tetap dan mencapai tidak kurang daripada tiga (3) tahun perkhidmatan bagi pegawai yang telah memilih Opsyen Pencen sahaja

Pengurusan Persaraan Wajib kakitangan : 6 bulan sebelum bersara.

Pengurusan Persaraan Awal atas Pilihan Sendiri : 6 bulan sebelum bersara setelah menerima surat permohonan daripada kakitangan.

Pengurusan Persaraan bagi kakitangan yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan : Serta merta.

Pengurusan Gantian Cuti Rehat (GCR) bagi pegawai yang akan bersara :3 bulan sebelum bersara.

Proses Penilaian Prestasi dan Pergerakan Gaji akan diurus mengikut jangkamasa yang ditentukan.

Memastikan semua perjalanan fail serta surat-surat sampai tepat pada masanya dan selamat.

Memberi jaminan semua permintaan/permohonan seperti kelengkapan pejabat seperti alat-alat tulis yang diperlukan dapat diurus dengan seberapa segera.

Memproses gaji kakitangan dalam tempoh yang ditetapkan dan menghantar dengan serta-merta cek gaji yang diterima daripada Jabatan Bendahari Negeri ke bank.

Memproses Tunggakan, Elaun memangku dan Gaji Kakitangan baharu – hari bekerja jika semua dokumen yang diperlukan disertakan.

Memproses Ganjaran setelah menerima surat pelepasan cukai daripada Jabatan Hasil Dalam Negeri – 10 hari bekerja.

Memproses Pendahuluan Kenderaan, Mikrokomputer dan Pendahuluan Diri – 3 hari bekerja sekiranya semua dokumen yang diperlukan disertakan.

Memproses Bayaran Balik KWSP yang terlebih bayar kepada pegawai yang telah diberi taraf berpencen – 7 hari bekerja.

Membuat pemeriksaan dan pembetulan ke atas borang CP8C dan mengedarkan kepada semua kakitangan - satu bulan setelah menerima borang cetakan komputer (computer printout)

Pengurusan Akaun dan Kewangan

Memproses baucer-baucer bagi bil-bil/inbois, Elaun Perjalanan, Elaun Lebih Masa dan Hitungan Kilometer dan dihantar kepada Jabatan Bendahari Negeri – 9 hari bekerja.

Memproses kuiri dari Jabatan Bendahari Negeri – 3 hari bekerja jika semua dokumen lengkap.

Menyediakan Waran perjalanan udara dalam tempoh - 1 hari bekerja setelah mendapat kelulusan Pihak Pengurusan.

Urusan Perolehan dan Pembekal

Memaklumkan pihak pembekal akan keputusan penerimaan tawaran sebutharga yang dicadangkan oleh pembekal - 1 hari bekerja selepas diputuskan oleh Jawatankuasa Sebutharga/pihak pengurusan jabatan.

Menyediakan Pesanan Pembelian Tempatan (LPO)/Perintah Kerja Am (GWO) dan waran perjalanan udara – 1 hari bekerja setelah mendapat kelulusan pihak pengurusan.

Menyediakan dokumen pembayaran- 9 hari bekerja setelah mendapat nota hantaran & inbois pembayaran daripada pihak pembekal.

sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan layanan dan penyampaian perkhidmatan yang diterima, kami bersedia untuk menerima maklum balas serta aduan secara bertulis kepada:

Pengarah,

Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Tingkat 1, Blok A, Wisma Kewangan

Beg Berkunci 2057

88999 KOTA KINABALU

Sabah.

Atau melalui sistem e-Aduan: http://www.aduan.sabah.gov.my