Soalan Lazim

  • Siapakah yang boleh memohon dan menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan
    yang disediakan oleh JPKN?
    Pihak JPKN hanya dapat memberikan perkhidmatan kepada Kementerian, Jabatan
    dan Agensi Kerajaan Negeri Sabah sahaja.


  • Bagaimanakah saya ingin tahu sekiranya ada kekosongan jawatan dalam JPKN?
    Untuk mengetahui maklumat kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam sila rujuk Sistem Permohonan Jawatan Online (http://www.jawatan.sabah.gov.my).

  • Bagaimanakah saya ingin memohon emel rasmi kerajaan?
    Untuk membuat permohonan emel rasmi kakitangan awam kerajaan negeri sabah, sila ajukan permohonan anda kepada Ibupejabat/Cawangan/KSIT JPKN yang
    terdekat dengan jabatan tuan/puan.

  • Bagaimanakah saya ingin memohon bantuan teknikal komputer?
    Bantuan teknikal boleh diberikan oleh Cawangan/KSIT yang terdekat atau pun Bahagian Kejuruteraan, JPKN

  • Bagaimana saya ingin memohon peralatan multimedia?
    Untuk membuat permohonan peralatan multimedia JPKN, sila buat permohonan
    anda melalui Bahagian Teknologi Multimedia, JPKN


  • Bagaimana saya ingin memohon perkhidmatan konsultansi?
    JPKN juga memberi khidmat nasihat konsultansi pengkomputeran. Permohonan
    boleh dibuat melalui Bahagian Perancangan, JPKN


  • Dimana saya boleh rujuk/melapor berkenaan dengan masalah teknikal ICT?
    JPKN menyediakan satu ruang/sistem untuk pengguna membuat rujukan/laporan berkenaan dengan masalah teknikal. Sistem tersebut adalah Sistem Trek ICT (http://sww.compserv.sabah.gov.my/TrekICT/).

  • Bagaimana caranya sekiranya jabatan saya ingin memohon untuk membangunkan sebuah sistem?
    Sekiranya pihak jabatan tuan/puan ingin memohon bantuan dalam pembangunan sistem sila buat permohonan melalui Bahagian Pembangunan Sistem, JPKN

  • Apakah alamat web Cawangan/KSIT JPKN?
    Untuk melihat dan melawat laman web cawangan dan KSIT JPKN, sila rujuk halaman Cawangan & KSIT JPKN (http://www.jpkn.sabah.gov.my/ksit.asp).

  • Bagaimana caranya sekiranya saya ingin menjalani latihan industri di JPKN?
    Sekiranya ingin menjalani latihan industri di JPKN, sila kemukakan permohonan melalui pusat pengajian masing-masing kepada Bahagian Latihan dan Penyelidikan, JPKN
q&a